Small Success
1. Buku Sajakiri : Prequel 2007/2008 telah siap dibinding.
1. Buku Sajakiri : Prequel 2007/2008 telah siap dibinding.
2. Ade pertambahan studentku dalam kelas Fatehah/Jasmine ; Syazmin namanya.
3. Pada Selasa lepas, aku, Zul & Hafizul melawat kawasan Pelangi Damansara untuk dijadikan Pusat Tuisyen. Kami sebulat suara setuju kerana ;-
a) locationnya di tepi jalan besar/utama (Jalan Surian)
b) lokasi yg strategik ; penghubung antara TTDI, BU, Mutiara Dsara dan Kota Dsara.
c) Sewanya yang berpatutan.
d) Ruangnya yg bole menempatkan 100 orang pada satu2 masa.
e) Ade apartment di depan, dan flat di belakang, sebaris dgn 7-eleven, kedai muzik Yamaha dan restoran mamak
Alhamdulillah, mereka semua setuju.
4. Aku memperolehi student baru kedua minggu ini; Raihan. Dalam Geng SD (Estee, Sara & Fatin). Setiap minggu ada saja student baru.
5. Estee memperkenalkan lagi calon penyanyi Indie, vokalis Frantic Friday . TQ Estee
6. Minggu ini filem : Coming Soon
Filem buatan Siam ini lebih menakutkan dari Jangan Pandang Belakang. Ini hasil dari rekomen Edy yg 'menangis; kerana terlalu takut. Cerita hantu sebegini part 'suspend dan kejutan' adalah lebih seram dari hantu itu sendiri.
p/s : suka la heroin dia. cun sebab bermata besar.
7. Alex Wong Tat Fong, sahabat dari sekolah menengah memperolehi projek government Brunei. Ingin sub-con bidang seni-muzik untukku,
RM-RM-RM!
Kita tunggu dan lihat. Amin.
8. Nan sudah 90% menyiapkan lirik lagu Counter Terrorist.
9. Keno mengulangi statement yang dia benar2 enjoy jamming bersama pada Sabtu lepas kerana 'Hard Rock'. Aku juga gembira kerana jamming rock adalah satu2nya aktivi yang benar2 aku enjoy dari segi batin. Keno mencadangkan agar jam setiap Sabtu.
10. Firuz meluahkan hasratnya untuk menubuhkan yayasan, untuk membantu anak yatim/orang miskin. How sweet & noble.
Aku mencadangkan kepadanya untuk mencari team 'yang mempunyai passion yang sama' dan mulakan dengan aktiviti yang simple dulu, seperti beri baju kepada rumah anak yatim.
U have my support bro, Insya-Allah.
11. Aku membeli CD Aishah : Keunggulan
26 lagu keseluruhan. Satu pembelian yang amat berbaloi. Lagu-lagunya menggamit nostalgia ketika ku di alam kanak2 ke remaja. Mak aku dulu peninat Aishah sekitar awal 90-an.
12. Terjumpa Shira, bekas studentku. Dia menyatakan akan ke matrikulasi Gopeng, Perak. Alhamdullilah. Dia juga mengatakan 2-3 orang rakannya mengenali band TuLanG, dan aku sebagai gitarisnya.
13. Bekas student ku, di SMAKL:-
- Thaqifa : Matrik NIlai
- Nasuha & Rabiatu : Matrik Pahang
- Atikah : Matrik Gopeng
- Sophea : Matrik Melaka
- Azhani : Matrik Tangkak
- Tema : intervie Mara
Proud of U all, Girls.
14. Rafik mengajar aku :-
- Menggunakan 'Sony Sound Forge'. Ini untuk tujuan Mastering selepas lagu dirakam di Cubase. Semankin semangatku untuk menghasilkan karya solo. haha
- Dia juga menyatakan suka dengan lagu ciptaanku 'Kepulangan' (lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya) kerana ia sedap dan unpredictable. Tam juga pernah menyatakan sedemikian kira2 8 tahun lalu.
- Rafik juga memberi aku nasihat yang berguna untuk menjayakan projek bersama Alex itu. Rujuk No 7.
15. Music Play untuk TuLanG di myspace mencapai purata 40-50 sehari. Ini satu pencapai untuk TuLanG.
16. Sejak tuisyen bersamaku, Iman, kata ibunya sudah improve dalam Math. Satu salah dari 10 soalan cukup mengejutkan guru sekolahnya. Alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan