Khamis, 27 Oktober 2011

About : Add Math Tutor



Salam. Nama saya Zainal Zulia. Lahir pada 6 September 1979. Seorang tutor Add Math sepenuh masa. Dan Add Math adalah bidang pengkhususan saya. Saya sudah mengajar beratus pelajar, dari tahun 2005 lagi (6 tahun). Pelajar-pelajar saya kebanyakkan terdiri dari golongan 'tuisyen peribadi' (one to one), dan juga pelajar pusat tuisyen. Kawasan saya di sekitar Shah Alam, Subang dan Sri Damanasara.

Diantara pusat tuisyen yang pernah saya mengajar (dan masih mengajar) adalah di Pulau Ilmu (Subang Perdana) dan Sri Tropika (Subang Perdana). Insyallah, jika tiada aral melintang, saya akan menubuhkan institut saya sendiri di Subang Murni tahun 2012, khusus untuk subjek Sains dan Matematik.

Dalam AddMathTutor.com ini, saya akan ceritakan perkembangan terbaru, serta tips-tips Add Math untuk SPM. Jika ada kemusykilan, sila utarakan kepada saya ya. Usah malu usah segan. Insyallah saya akan membantu anda menjawabnya menggunakan video, atau penulisan blog.

Saya juga menggalakkan sesiapa guru diluar sana yang berminat untuk berkongsi tips menulis di web ini juga. 

Add Math adalah subjek yang sukar tapi penting, Adalah harus diingatkan pentingnya syarat kelayakkan mengambil Add Math adalah keputusan PMRnya mendapat A dalam Sains dan Matematik. Algebra adalah bahasa asas dalam subjek ini, dan pelajar haruslah menguasainya terlebih dahulu.

Untuk lulus, saya menekankan pelajar untuk menjawap soalan-soalan dari Paper 2 ini mengikut turutan:

  1. Sec A : Simultaneous Equation (5 markah)
  2. Sec C : Index (10 markah)
  3. Sec C : Solution of Triangles (10 markah)
  4. Sec B : Linear Law (10 markah)
  5. Sec A : Vector (8 markah)
Saya kategorikan soalan-soalan di atas sebagai 'mudah' dan 'tetap keluar'. Dan mengulanginya, sambil mempelajari topik lain. Ingat ya, ini hanya untuk LULUS.

Insyallah, saya akan berkongsi lagi tips-tips dan strategi untuk menjawab soalan SPM. Teruskan setia bersama saya, Zainal Zulia dari AddMathTutor.com.

Tiada ulasan: