Semalam ketika tuisyen bersama Dalilah, aku ada membuat pengelasa bab, berdasarkan matriks Easy/Hard vs Predictable/Unpredictable (lihat entri semalam).
Poin ini diberi mengikut 'kesukaran' topik tersebut, berdasarkan matriks ini. Contoh, Quadrant D yang paling mudah, kerana ia 'Easy/Predictable', dan diberi 1 poin. Bandingkan dengan Quadrant B yang sukar, kerana ia 'Hard & Unpredictable" diberi 4 poin. Secara ringkasnya, semakin tinggi poinnya, semakin sukar sesuatu topik itu.
Inilah hasilnya:
Form 4
Poin Topik
1 Simultaneous Eq
1 SoTriangles
1 Index
1.5 Quadratic Functions
2 Quadratic Equations
2 Functions
3 Statistic
3 Coor Geometry
3 Circular measure
4 Logarithms
4 Differentiation
1 SoTriangles
1 Index
1.5 Quadratic Functions
2 Quadratic Equations
2 Functions
3 Statistic
3 Coor Geometry
3 Circular measure
4 Logarithms
4 Differentiation
Poin Topik
2 Linear Law
2 Vectors
3 Trigono
3 integration
3 p&c
3 probability
3 probability distn
2 Vectors
3 Trigono
3 integration
3 p&c
3 probability
3 probability distn
Jadi, apa yang kita boleh dapat dari semua ini?
- Prioriti
Ini penting, kerana dari pengamatanku, guru di sekolah lebih menitik beratkan bab sukar seperti Logaritma, sedangkan markahnya sekadar 7/180 dalam kertas SPM. Jadi banyak masa terbuang. Sedangkan bab mudah untuk dijawab seperti Index Number tiada penekanan, dan selalunya tidak diajar langsung (kerana kedudukkannya di belakang bab di buku teks, jadi cikgu di akhir tahun selalu malas nak ajar kerana peperiksaan dah habis), sedangkan markahnya lebih banyak, 10/180.
- Strategi menjawab soalan
Untuk menjawab soalan, pelajar juga boleh menggunakan ranking ini. Mulakan dengan soalan-soalan mudah dahulu, bina keyakinan secara perlahan-lahan, dan bersemangat untuk menjawab soalan yang lebih sukar. Juga sesuai dengan pengawalan masa, anda akan mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan-soalan penting, Insyallah.
Apapun ini semua masih dalam penyelidikkan ya. Usaha masih dijalankan untuk 'merapikan'nya lagi.
1 ulasan:
setuju bila dinyatakan tentang prioriti.. ramai cekgu abeskan masa dengan topik yang mudah dan kurang markah...
anyway, nice tips here. antara tips yang tak de kat mana2 buku
Catat Ulasan