Isnin, 22 Ogos 2011

Masa



Sudah 4 hari tidak menulis, baru terasa urgency nya. Puasa tinggal lagi seminggu. Kata-kata klise 'cepat betul masa berlalu, tak terasa pun'. Aku yang berumur 32 tahu agak bersetuju. Abahku pada umurku sudah punyai 4 orang anak. Aku baru nak kahwin. Itu pun nasib baik ada orang nak.

Abahku pernah bagitau kenapa orang-orang dulu kahwin cepat, contohnya datok dan nenek ku (sebelah abah) kahwin masa diorang umur 19 dan 14. Wow. 14 tu beb. Ter'skip' alam remaja. Dari zaman kanak-kanak terus ke alam perkahwinan. Abahku cakap, masa zamannya di kampung dulu, lepas Isyak dalam pukul 9 aje, malam sudah mati. Jangankan internet, TV pun takde. Alahai boringnya. Nak tak nak terus tidur aje. Kalau bulan puasa dia bangun sahur pukul 2 pagi, makan kejap, dan boleh sambung tidur lagi 3-4 jam lagi. Wah mewah. Zaman sekarang, dapat lelap 10 minit pun sudah cukup baik.

Ha itulah, diorang zaman dulu tidur awal, pasal tu kahwin pun cepat aje. Sangap kan. Zaman sekarang, pukul 2 pagi pun masih happening macam masih pukul 8 malam. Dengan internetnya, kedai mamak, disco dll. Pasal tu generasi ku berkahwin agak lambat, purata dalam 30 tahun.

Perkahwinan zaman tok nenek pun lebih kekal. Kenapa ya? Padahal mereka tak kenal pun sebelum berkahwin. Aku rasa begini; mereka belajar tentang segala kelebihan dan kelemahan pasangan, dan mereka jatuh cinta dan sayang unconditionally. Zaman sekarang terbalik ; mereka jatuh cinta dan sayang unconditionally, baru mereka belajar tentang segala kelebihan dan kelemahan pasangan. Hah gitu.

Zaman sekarang, budak-budak sekolah pun dah ada Beri Hitam (BlackBerry) dan Telephone Saya (I-Phone). Zaman aku kalu ada berjanji, redah aje dan tawakal. Internet pun tak ada lagi. Bergayut di telefon berjam-jam adalah aktiviti 'bersosial' pada zaman remajaku. Tu pun sampai berebut dengan adik beradik. Mengikut rekod peribadi ku, aku pernah bergayut dari pukul 10 malam ke pukul 5 pagi. 7 jam tu beb.

Padahal semua ini baru 16 tahun yang lalu aje. Tapi macam dah lama sangat.

Tiada ulasan: