Khamis, 18 Ogos 2011

Ahmad Muzamil (1979-2004)

Arwah bersama adik kesayangannya, Aimi

Tiap kali Ramadhan, aku akan teringatkan sahabatku, arwah Muzamil, yang pergi menghadap illahi, kira-kira 7 tahun yang lalu ( 2 Nov 2004 dan 19 Ramadhan kalu tak silap). Arwah merupakan sepupu kepada Jaja, rakan-kongsi Ijol, kawan sekerja Zaidi, dan favourite rakan jammingku.

Aku tak naklah mengulas lebih lanjut tentang pemergiannya, aku hanya mahu 'recall' kenangan manis bersamanya. Masih segar di ingatan ketika ku dimasukkan ke hospital Tawakal (Jalan Pahang) selama 2 minggu (Sept 2003), arwah kelihatan gembira kerana baru membeli kereta baru Satria yang berwarna maroon. Dia mengajakku 'pusing' di sekitar hospital (aku curi-curi keluarlah) dan di pemain CDnya dia memainkan lagu kegemarannya ketika itu, Dekat Padamu oleh Yusry KRU Sebagai buah tangan, arwah ada membelikan majalah muzik kegemaranku, ROTTW untuk bacaanku. Juga aku teringat, arwah sebenarnya sanggup meminta cuti dari majikannya ketika itu (Perodua kalau tak silap) semata-mata untuk melawatku. Aku sungguh terharu.

Teringat aku juga, selepas pulang dari Dublin, kami bersama-sama lepak di Studio Soundscream (kepunyaan Ijol) di SS14 PJ. Kami akan jam dari lewat malam hingga ke Subuh, dan kami gemar memainkan lagu-lagu Dewa. Lagu "Ku Cinta Kau dan Dia" adalah kegemarannya. Secara peribadi, aku enjoy jamming bersamanya kerana beliau sungguh berbakat, dan boleh menyanyi dan bermain gitar dengan 'konteks' dan jujur sekali. Pernah juga kami satu gang pergi ke konsert Dewa di Stadium Malawati Shah Alam pada 2003.

Aku sebenarnya mengenali arwah ketika berusia 16 tahun lagi, setelah diperkenalkan oleh Jaja (sepupunya), yang membawa arwah jamming bersama-sama band Foreo. Walaupun ketika itu beliau baru sahaja belajar main muzik, bakatnya terserlah, dan kami jam lagu favouritenya 'Creep' dan 'Pontianak'. Pernah juga adiknya Aimi memberitahu arwah selalu memainkan lagu ciptaanku bersama Foreo, "Memories of Seperation' ketika pagi-pagi sebelum pergi sekolah. Agak ironi.

Sebagai sepupu Jaja, tentulah lebih banyak kenangan manis mereka bersama, yang tak dapat ku ceritakan di sini.

Di peringkat kolej, arwah bertemu Ijol di UITM Shah Alam. Mereka sempat membuat bisnes ayam golek untuk Bazar Ramadhan di SS18 Subang Jaya. Rasanya sungguh sedap sampai aku beli 2 ekor ayam sebagai tanda sokongan. Famili ku juga sukakan ayam golek tersebut.

Kemudian arwah juga pernah bekerja kilang bersama-sama Zaidi, juga di Subang Jaya. Begitulah beliau, sempat menjadi sahabat kepada semua orang , walaupun umurnya tidak panjang

Al-fatihah.

Lagu ciptaanku bersama band Tulang, hasil inspirasi 'pemergiaannya'


Tiada ulasan: