Rabu, 26 Disember 2012

81 - Sistem Affliate

Saya pernah menulis tentang ini dulu. Tapi kini idea ini muncul kembali, ketika saya sedang bertungkus-lumus menyiapkan sistem borang. Mengapa sistem affliate ini baik?

  1. saya akan mempunyai tim pemasaran yang automatik, dan benar-benar percayakan produk saya.
  2. saya boleh caj dengan lebih mahal. Memberi saya motivasi untuk menyerlahkan lagi lagi kualiti hasil kerja saya.
  3. Fokus : saya boleh menumpukan 100% terhadap penghasilan ciptaan karya terbaik.
  4. berkongsi hasil pendapatan dengan pihak ketiga.
  5. menghasilkan 'riffle effect', dan sinergi dalam tim ini.

Kini saya semakin jelas dengan cita-cita saya. Sebelum ini, saya ingin menjadi komposer bertaraf dunia. Walaupun ini baik, tapi ia kurang jelas. Kini saya menukar cita-cita saya menjadi 'komposer sepenuh masa'. Ini lebih jelas dan spesifik. Saya lebih bermotivasi dan berkeyakinan untuk mencapainya.

Pendapatan minimum haruslah menyamai gaji bulanan saya sekarang. Sangat jelas.


Apa kaitannya ini dengan Sistem Affliate?

Kaitannya, saya ingin jadikan servis penerbitan muzik ini satu kerjaya yang profesional dan serius. Oleh kerana itu, sudah sampai masanya saya berkerja dalam pasukan. Dan buat permulaan, saya perlukan tim pemasaran.

Idea saya setakat ini : saya ingin rakan affliate saya ini seorang arenjer juga, dimana mereka boleh makan kedua2 pendapatan, komisen dan upah menyusun lagu.

Banyak lagi yang harus saya fikirkan, terutamanya dari segi kos dan peraturannya. Saya tidak pasti akan sambutannya. Saya akui saya agak 'takut' untuk caj mahal sangat. Pakej ini pun harus saya rombak, dan tangguhkan perlaksanaannya.

Tiada ulasan: