Tiada masalah dengan sistem ini. Saya cuma mahu berfikir dengan lebih kritikal.
- Harapan menjadi lebih tinggi.Saya mengharapkan komisen menjadi motivasi utama kepada para agen. Bagaimana jika mereka menjadi kurang motivasi? Solusi : jangan terlalu tamak. Cukup dengan mensasarkan sekurang-kurangnya satu projek setiap bulan.
- Hilang momentum.Bukan itu saja, malah momentum para agen akan hilang, jika tidak dimotivasikan. Mungkin duit bukanlah faktor utama, tapi lebih kepada kepercayaan kepada karya itu sendiri. Bagaimana? Solusi : Hasilkan demo berkualiti tinggi. Pastikan juga lagu best. Mungkin saya perlu fokus untuk menghasilkan demo terbaik, bukan sekadar demo kasar.
- Jika tiada hasil dalam masa 2-3 bulan, saya akan kecewa dan tukar strategi lagi. Saya boleh bayangkan bagaimana saya mengubah strategi lagi dan lagi. Solusi : Ini agak sukar. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan meneruskan ia. Kecuali jika berjaya mendapatkan job. Saya sendiri tidak ada cara lain, selain memotivasikan diri sendiri, dengan mengingatkan saya tentang kelebihan affliate ini.
Kelebihan Affliate
Selain daripada apa yang ditulis dalam entri lepas, kelebihan yang paling besar adalah 'Fikir Besar'. Saya boleh bercita-cita besar, dan impian saya untuk mencapai pendapatan 5 angka semakin dekat. Dan untuk menjadi komposer sepenuh masa.
Bukan itu saja, malah saya juga berpeluang bekerjasama dan menjalin hubungan bersama rakan affliate semua. Ini tanggungjawab besar, dan saya harus bersedia kerana cita-cita saya juga besar.
Kini Sajakiri Music berevolusi lagi. Ke peringkat seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan