Selasa, 25 Disember 2012

79 - Fokus Pada Dalaman?

Pada pemikiran kedua, saya mempunyai idea yang lebih ringkas daripada itu : fokus pada dalaman sahaja. Apa maksudnya itu?

Ia bermaksud blog pos saya hanya menjurus kepada 2 bahagian utama; projek dan pembangunan demo sahaja. Dan berita atau pengumuman yang fokus kepada internal, berbanding luaran/eksternal.

Jadi, tiada tips, isu dan temuramah. Walaupun saya sangat sayang pada semua ini, bebanan kerja yang banyak menyukarkan fokus saya pada projek.

Tapi bagaimana dengan visi saya yang mahu menjadikan sajakiri.com sebagai hab informasi tentang ilmu muzik? Sebagai seorang guru, hati saya selalu ingin berkongsi. Tapi saya harus menerima fakta sebenar. Iaitu saya ingin menjana pendapatan melalui penerbitan muzik.


Tapi, bukankah jika berkongsi ilmu, secara tidak langsung ia akan mempromosikan Sajakiri Music? 

Saya sangat bersetuju dengan penyataan ini. Inilah niat saya terdahulu. Tapi memandangkan Sajakiri Music masih baru, pelawat 'tidak sedar' yang aktiviti kami adalah penerbitan muzik, bukan sekadar majalah online semata. Mungkin jika nama kami sudah terkenal, barulah sesuai untuk menjadi hab yang informatif, seperti mana niat saya awal tadi.


Tapi tidakkah bosan hanya fokus pada diri sendiri?
Bosan juga. Saya anggaplah inilah 'bayaran' saya untuk menjadi lebih fokus.

Apa yang saya rasa? 
Saya berasa lega, bebanan diangkat dari dada saya.

Tiada ulasan: