Tahun ini juga tahun terbaik setakat ini. Jadual tuisyen ku penuh, dan kelas di pusat tuisyen juga paling ramai sepanjang 6 tahun pengajaranku. Bagaimana aku boleh improve?
Aku ada menyediakan 'Appraisal Form' sebaik sahaja kelas habis. Murid akan bagi feedback sebegini:-
- A : Faham
- B : Tak berapa faham / faham sikit-sikit
- C : Tak faham langsung
Dengan adanya feedback sebegini, aku akan memantau dan memahami 'pemahaman' mereka secara keseluruhan di dalam kelasku. Aku akan memastikan kesemua / hampir semua murid menulis A, baru aku berpuas hati. Jika separuh menulis A, dan separuh B, aku akan tidak berpuas hati, dan akan ku fikirkan cara lain bagaimana untuk memperbaiki teknik pengajaranku.
Dan alhamdulillah, teknik ini sangat berkesan, kerana ia mengelakkan murid dari berhenti, dan mereka akan faham dan mula enjoy, sekaligus akan mengajak rakan-rakan mereka yang lain menyertai kelas tuisyen ini. Sangat cool.
Mekanisme ini ku pelajari dari buku "Good to Great" oleh Jim Collins. Terimakasih.
Aku juga bercita-cita untuk membuat mekanisme ini untuk pusat tuisyen ku sendiri kelak. Ini juga bagus untuk melatih guru baru menjadi guru yang bagus. Juga sebagai alat saringan, selagi guru belajar menerima feedback dan improve, dia akan berjaya. Jika dia tidak tahan, profession perguruan ini bukanlah untuknya.
Sangat cool.
Ia juga mekanisme yang tiada noktah. Selamanya dan berterusan.
2 ulasan:
Pic sek dlm entry ni mcm kenal je?? Hahaha
Haha IQKL dlm kenangan...lu masih ngajar di situ ke?
Catat Ulasan