Lagu ini dicipta sekitar 2003. Ketika aku baru pulang dari Dublin. Penuh dengan pengaruh Dewa19 ketika itu. Lirik dan susunannya diselesaikan pada 2005. Lagu ini juga asas kepada nama band terdahulu ku, TuLanG. Band bersama adik beradik Ken & Jaja.
Lagu ini dirakam di studio 2105. Nyanyian asal oleh Ken, tapi Muhsin menyanyikan balik pada tahun lepas (2010), jadi secara rasminya ia menjadi milik Sajakiri.
Terdapat banyak elemen dalam ini. Keseluruhannya Pop, latin (solo), raggee (Bridge), dan disco (korus terakhir). Ini adalah diantara lagu ku yang paling kompleks arenjmentnya.
Muzik Studio di rumah
Aku ingin punyai piano elektrik. Jadi aku boleh praktis sampai bagus.
Aku juga ingin punyai gitar klasikal bertali nylon. Gitar bertali tangsi lebih menyentuh hati aku sekarang.
Juga punyai satu gitar kidal bertali kidal. Jadi aku boleh 'bermain gitar' secara odd dan kreatif (kerana talinya disusun terbalik). Boleh mengasah kepada pengilhaman lagu-lagu baru, Insyallah.
Juga akan ku baiki amplifier "Hughes & Kettner" ku. Dan juga akan ku beli satu amplifier kecil atas tujuan kepelbagaian.
Bestnya kalau ada piano elektrik di rumah hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan