Sambungan : Untuk Sajakiri Music, kami boleh 'try alot of stuff, and see what's working'.
Oleh kerana itu, ada perubahan yang ingin saya lakukan:
Durasi Pertandingan
Sekarang ini 6 minggu penyertaan, dan 6 minggu pengundian. Ini memakan masa sehingga 3 bulan untuk mencari seorang pemenang. Kalau setahun hanya 4. Saya ingin mengubahnya menjadi 4 minggu sahaja (untuk penyertaan dan pengundian).
Apa implikasinya?
- Dapat menghasilkan 6 single setahun (satu musim hanya mengambil masa 2 bulan)
- memberi lebih banyak peluang kepada penyanyi amatur di luar sana.
- menjadikan Sajakiri Music lebih produktif menghasilkan produk baru setiap masa.
- lebih segera membina jenama Sajakiri Music sebagai syarikat penerbitan muzik.
Sungguh saya tidak sangka, saya hampir membatalkannya, kini ia menjadi nadi penting untuk Sajakiri Music.
Saya percaya, jika saya mengekalkan displin ini, nama Sajakiri Music akan mula naik, sikit demi sedikit.
Jadi, berapa banyak lagu yang harus saya cipta?
Untuk Sajakiri - Vokal ini, sebanyak 8 lagu dipertandingkan. Selepas ini mungkin sehingga 20 lagu untuk dipilih.
2 jam kemudian...
Pada pemikiran kedua, saya berasa elok juga ia diperlahankan. Saya memikirkan format 5-1-5-2. Setiap tahun mempunyai 52 minggu, jadi saya bahagikan 4, jadi 13 minggu setiap musim.
- 5 minggu : penyertaan
- 1 minggu : pengumuman finalis
- 5 minggu : pengundian
- 2 minggu : pengumuman pemenang dan persediaan musim berikutnya
Ok, cantik kan susunannya.
Aik, tadi kata nak buat 6 musim setahun, kenapa tukar?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan