Saya menjumpai artikel ini, hasil penulisan Peter Shallard. Beliau menyarankan agar kita menaikkan caj 2, atau 3 kali daripada caj asal kita.
Antara faktornya :
- klien 'mahal' lebih berkualiti, berdisplin, dan tidak banyak kerenah berbanding klien 'murah'.
- kita akan membina reputasi elit.
- oleh kerana margin yang besar, kita bekerja dengan lebih bijak, dan dapat menguruskan masa dengan lebih baik. Dapat meluangkan masa bersama keluarga, buat aktiviti yang disukai, dan mempertajamkan ilmu pengetahuan.
- kita berasa untuk memberi 'lebih' daripada yang dijanjikan kepada klien
- yang paling penting, kita lebih 'motivasi' untuk mendapatkan projek yang mahal, berbanding yang murah.
Jadi, bagaimana saya boleh kaitkan?
Saya masih dalam proses memikirkannya. Tapi memikirkan kemungkinannya adalah menyeronokkan. Izinkan saya berangan sedikit.
Sebelum ini, kadar produksi muzik saya dalam seribu dua RM. Apakata saya naikkan ke RM7,500. Wah menarik bukan? Dan katakan margin saya RM3,500, saya hanya perlukan 6 projek untuk memperolehi pendapatan bersih RM21,000.
Wowo. Menarik.
Bukan itu saja, saya boleh bekerja dengan musisi, arenjer dan jurutera bunyi yang terbaik. Dan ia kena dengan matlamat saya untuk menjadi komposer bertaraf dunia.
Dalam bidang tuisyen, kadar saya RM50 sejam. Katakan saya naikkan ke RM100 sejam, saya hanya perlu bekerja 4 jam sehari, 5 hari seminggu untuk menjana pendapatan ke RM8,000 sebulan. Wah.
Itulah saya katakan tadi, memikirkan kemungkinannya juga sangat menyeronokkan. Hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan