Isnin, 22 Oktober 2012

38 - Quantum Leap

Pada entri lepas, saya tulis mengenai mengganda dua kan caj anda. Saya akui, ia memang mudah untuk dikatakan, tapi aplikasi memerlukan penghayatan yang dalam dan jujur. Ia lebih kepada menukar set minda. Bukan mudah ya.

Saya lebih percaya kepada perkembangan berperingkat, dan konsisten. Quantum Leap adalah sangat berkemungkinan, tapi ia memerlukan masa.

Bagaimana untuk saya mempercepatkan masanya?

Saya sebenarnya tidak percaya pada sesuatu yang segera. Saya percaya benda itu datang bukan kerana kita mahu, tapi kerana 'siapa' diri kita, apa yang kita percaya. Jadi soalannya, bukan 'apa yang harus saya buat untuk mencapainya', tapi lebih kepada 'apa yang saya percaya'.

Untuk mengubah 'apa yang percaya', ia memerlukan masa dan secara berperingkat.

Mengubah fokus

Untuk menjadi lebih murah rezeki, kita harus selalu bersyukur. Jadi bagaimana boleh saya aplikasi di sini?

Saya akui, set minda saya masih lagi cuba 'adjust' dan memahami perkara ini. Ia mencari lebih banyak bukti. Hati saya, seperti biasa, punyai kuriositi; kenapa tidak mencubanya?

Definasi Pemenang Sebenar

Adalah mereka yang menghabiskan perlumbaan. Keputusan adalah nombor 2. Mereka yang kalah adalah mereka yang berhenti di tengah jalan.

Takut

Saya akui, saya ada juga berasa bimbang, jika tidak mendapat sebarang job jika saya menggandakan caj saya. Kerana hidup saya bergantung kepada ini. Dan kerisauan ini berasas. Saya tidak mahu membuat keputusan bravado.

Impian saya besar ; menjadi komposer bertaraf dunia. Pada masa yang sama, saya harus sedar di mana saya berada pada masa ini.

Tiada ulasan: