Sejak isu semalam, serta kejayaan kecil Sajakiri - Vokal, minda saya ligat berfikir bagaimana harus saya belajar, mengambil peluang, serta 'syncronize' semua ini.
Saya bahagikan kepada 2 bahagian:
- Jangkamasa pendekAktiviti di sini lebih tertumpu kepada menghasilkan 'lembu tunai'. Contoh aktiviti, adalah membantu produser/artis membuat penerbitan muzik mereka, tanpa mengira lagu ciptaan sesiapa.
- Jangkamasa panjangSaya harus mencari artis berbakat, tandatangani, dan laburkan mereka, dengan lagu ciptaan saya. Hasilnya lebih lambat, tapi semestinya lebih daripada produksi muzik tadi, insyallah.
Jadi, apakah 'alat-alat' yang perlu saya guna untuk tujuan ini?
- Jangkamasa pendek : Penerbitan MuzikSaya menggunakan FB Ads, untuk menarik perhatian ke Page ini. Saya akan membantu mereka, mengikut bajet mereka sendiri.
- Jangkamasa panjang : Sajakiri - VokalDari sini, saya akan rekrut bakat yang ada. Dan tandatangani mereka, jika ada yang sesuai. Di sini, saya akan bekerjasama dengan A&R.
Seperti entri saya sebelum ini, saya harus mula dari mana saya berada, tanpa meminta simpati pada orang lain. Saya akan ciptakan komuniti saya sendiri, menghasilkan produk sejujur mungkin, membina perhubungan ikhlas dengan pihak lain, tanpa mengharapkan mereka akan menolong mereka.
Bermula dari bawah, tapi tetap bercita-cita tinggi. Ingin menjadi komposer bertaraf dunia. Amin ya rabbal alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan