Saya teringatkan Packard's Law oleh Jims Collins;
"No company can consistently grow revenues faster than its ability to get enough of the right people to implement that growth and still can become a great company. And if a company consistently grows revenues faster than its ability to get enough of the right people to implement that it will not simply stagnant, it will fall."
Ia membawa maksud mudah; 'Siapa' dalam pasukan adalah lebih penting daripada kemajuan perniagaan itu sendiri.
Kelas rekoding digital
Hari ini, 14 Okober 2012, saya menghadiri kelas rekoding rumah, anjuran pemuzik berbakat, Oja Axis. Dari pukul 3 - 7 petang, saya begitu kagum dengan kemahirannya menyusun lagu, pelbagai genre, dan juga permainan alat muziknya yang mahir.
Selesai kelas, terus saya mendapat 'sudden clarity' ; saya telah berjumpa dengan 'arenjer' yang saya cari selama ini.
Apa yang membuatkan saya terpikat dengan Oja adalah ;
- beliau berpengalaman luas sebagai pemuzik (bermain di kelab malam), dan sebagai arenjer muzik (banyak projek besar seperti menyusun muzik minus one untuk karaoke, dan juga runut bunyi untuk tele-muvi).
- beliau pernah menjadi artis nyanyian ketika mudanya, (sempat merakamkan 3 buah album)
- harga arenjmen nya sangat berpatutan, dan boleh dirunding
- yang penting, kualiti audio yang agak bagus
- beliau mempunyai sentuhan 'sophisticated rock' tapi pada masa yang sama, punyai sentuhan 'sayu' juga
- beliau sebaya saya, agak gang gitu.
- beliau saya nampak seorang yang sempoi, merendah diri dan jujur.
Dengarlah demonya yang pertama saya dengar ;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan