Saya mengenali Muhsin pada Februari 2010 lagi. Di satu majlis keramaian di Kampung Subang Tambahan. Kami pernah muncul dalam program MHI, pada Oktober 2010. Sila lihat video ini :
Saya sukakan suaranya yang macho dan jantan itu. Seperti yang Ally Iskandar katakan, suaranya sangat matang, walaupun umur baru mencecah 18 tahun ketika itu.
Pada mulanya, kami ingin menamakan band kami sebagai Sajakiri. Tapi selepas saya berkahwin tahun lepas, prioriti saya berubah, dan saya ingin bekerja di belakang tabir sahaja.
Muhsin sebagai artis pertama Sajakiri Music
Terdapat 5 lagu ciptaan saya yang sudah dirakam olehnya.
- Lisa - siap sepenuhnya
- Tinggal Rangka - siap sepenuhnya
- Sesuatu - siap sepenuhnya
- Pelangi - belum diadun
- Bidadari - belum diadun
Dan, saya berhajat untuk bertemu dengan A&R, seperti yang dicadangkan oleh Shahir.
Apa tugas A&R?
Katanya, A&R akan memilih salah satu lagu yang dirasakan berpotensi, dan lagu itu hendaklah disiapkan. Untuk tujuan promosi kelak. Kalau tiada (lagu yang berpotensi), saya harus balik dan cipta lagi lagu, sehinggalah A&R itu 'jumpa' lagu itu.
Fokus baru
Kini fokus Sajakiri Music telah berubah; kami membangunkan artis yang berbakat, komited, dan memahami seni muzik kami. Dan saya tidak berhajat untuk mencari seramai mungkin. Cuma beberapa saja yang super-istimewa bagi kami.
Buat masa ini, saya ingin bermula kecil dahulu. Dan ada displin yang harus saya tetapkan;
- demo 2 minit setiap 2 minggu
- terbitkan satu lagu baru setiap 2 bulan
Ini belum pasti ya, sekadar perancangan setakat ini.
Untuk Muhsin, saya akan berjumpa dengan A&R tersebut dengan 5 lagu yang disebutkan tadi. Saya tidak tahu bagaimana 'taste'nya. dan saya juga tidak tahu apa yang diharapkan.
Mungkin sedikit panduan darinya, untuk saya lebih memahami selera muzik tempatan.
Untuk Muhsin, ini peluang anda untuk tonjolkan bakat ke aliran utama. Doakan kejayaan kami. Insyallah dan amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan