Ketika saya sudah mula pasti untuk memulakan harga premium yang dibincangkan sebelum ini, tiba-tiba menerjah idea baru di minda saya : Sajakiri Vokal - Tajaan.
Konsepnya sedikit berbeza dari asal. Tiada undian YTL dan Undi Pro, yang ada hanya Tajaan.
Wow, macamana tu? Tanya anda.
Flownya sebegini :
- iklan FB seperti biasa.
- yang berminat muat-turun minus one, dan upload YouTube seperti biasa.
- saya akan menilai dan memilih yang mana saya berkenan
- yang terpilih dikehendaki membayar RM100 untuk layak.
- masukkan dalam pool yang terpilih.
- sesiapa yang sampai ke harga tawaran akan dapat merakamkan single.
Nota Penting
- tiada tarikh tutup.
- peserta boleh refund duit pada bila-bila masa.
- peserta hanya boleh menukar lagu apabila lagu dipilih (oleh orang lain) dirakam.
- peserta hanya boleh menaja hanya RM50 minima.
- lagu single menjadi hak milik peserta hanya setahun, sebelum dipakai balik.
Mengapa idea ini timbul;
- konsep Sajakiri Vokal adalah konsep yang baik kerana mendapat sambutan. Sayang jika tidak digunapakai.
- niat utama saya adalah untuk membantu penyanyi amatur memiliki lagu sendiri.
- saya boleh membentuk grup elit Sajakiri Vokal yang dicadangkan sebelum ini.
- saya berasa bebas, kerana boleh berkarya sepenuhnya.
- menarik untuk melihat sejauh mana kita boleh pergi setelah bermula dari bawah, Mamat RM100.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan