Baru hari pertama diFB Ads kan, soalan ini sudah menerjah di fikiran saya. Setabah manakah saya? Bilakah, takat manakah 'boiling point' saya? Bagaimana jika tiada sambutan? Adakah saya akan mengubah lagi strategi ke harga premium?
Terus terang, saya sendiri tidak pasti. Perjalanan masih jauh, sedangkan ia baru bermula.
Adakah sistem SV2.0 ini terlalu komplikated?
Sementara itu, lebih baik saya fokus pada penciptaan dan pembangunan lagu baru.
Godaan Utama : Harga Premium dan Affliate
Saya sukakan idea ini kerana sistem kerja berpasukan dan saya hanya fokus pada demo asas sahaja. Tapi ia tidak seunik sistem SV2.0 ini, serta ia 'jauh sedikit' dari hati saya, berbanding SV2.0, walaupun ia jauh lebih lumayan. Saya sukakan sistem SV2.0 ini kerana ia lebih dapat membantu orang, saya bermula lebih perlahan, kenaikkan tidak mendadak, tapi masih ada 'abundance'nya tersendiri.
Bagaimana jika kebanyakkan penyanyi amatur ini suka-suka sahaja, tidak mahu melabur sedikit pun, seperti salah seorang finalis SVM1?
Embrace it?
Tapi jauh di sudut hati saya, saya sebenarnya ingin membantu orang. Niat ini saja sebenarnya sudah cukup untuk membuat saya bertahan. Inilah yang saya harapkan.
Iklankan di mudah,my? Ini juga satu idea yang baik.
Sepertimana yang saya tulis tadi, fokus utama saya adalah pada penghasilan demo. Buka Cubase SX 3 setiap hari. Inilah prioriti. Ini lebih penting. Tidak perlu fikirkan sangat tentang sambutan, teruskan menerbitkan demo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan