Selasa, 1 Januari 2013

91 : Kilang Lagu : Konsep

Tadi saya cuba untuk arenj lagu ciptaan saya, Hijau. Dan satu rasa pelik muncul ; saya berasa sangat malas untuk menghabiskannya. Kenyataan yang harus saya terima, saya seorang komposer, tapi bukan arenjer. 


Lantas konsep Affliate menerpa lagi. Tapi kali ini bukan harga premium. Ada 2 konsep di sini:

  1. Tawaran hanya untuk arenjer 60:40. Mereka boleh ambil idea lagu saya. Dan saya menjadi co-producer.
  2. Saya menjadi Kilang Lagu. Jadi saya tidak langsung terbabit dengan hubungan langsung bersama klien. Ala-ala B2B gitu.

Bagaimana?

Jika berbuat begini, saya berasa sungguh lega kerana fokus saya hanyalah menyiapkan demo kasar dan memperkasakan jenama Sajakiri. OK, ia belum jelas sepenuhnya, tapi SV2.0 akan ditangguhkan lagi. Maaf.

Diantara 2 konsep itu, saya sukakan konsep 1 kerana ia lebih ringkas dan jelas, Mana2 arenjer yang berminat boleh menandatangani MOU, dan saya akan promosikan mereka dalam laman web saya. Mungkin saya akan buat menu 3 pilihan, dan setiap menu ada studio dan arenjer nya sendiri, atau bagaimana?

Tapi apa2pun, saya tidak terbabit dalam permainan instrument dan susunan lagu lagi. Saya hanya menjadi co-producer. Dan bahagian saya hanyalah 40:60.

Konsep 2 juga mudah, dimana saya menjadi Perpustakaan Lagu Baru. Dan saya tidak perlu berfikir bagaimana untuk mencari klien. Biar mereka sendiri yang menentukan, dan saya hanya ambil 40% sahaja, daripada kos produksi. Ok ke?

Apapun, ini lebih empirikal. Saya hanyalah seorang komposer.

Tiada ulasan: