Sabtu, 2 Julai 2011

Biarkanlah sebegini

Apa maksud aku, biar sebegini?

Aku ingin membeli rumah. Aku ingin membeli Piano. Aku ingin memiliki Ipad. Rupanya menulis tidak semudah menciptalagu, yang selalunya punya cerita tersendiri. Ha! aku dapat idea. Biarlah di sini tempatku menulis secara random. Macam ni lah. Tiada apa-apa maksud. Dari jauh macam ada cerita, padahal tiada apa maksud pun. Kalau ada maksud pun, hanyalah kebetulan sahaja.

Besok pagi ada kelas Qallif. Dia ni minat main dram. Ada band metal. Straight Forward. Last week dia main dekat Station One Cafe. Dia ni tidak berapa cekap dalam Matematik, antara studentku yang paling lemah. Tapi aku OK dengan dia. Dialah yang mencadangkan aku untuk menjual T-shirt Sajakiri. Sekarang ni pun tengah tunggu Zaidi tolong designkan.

Pehalpun, aku sukakan gambar profile aku sekarang, nampak unik, kreatif dan cool. Terimakasih kepada imaginasi Romizi. Sekali lagi telah berjaya membuat design yang aku suka. Tapi aku rasa ni dah lewat malam sangat ni, dah masuk pukul 2.

Goodnite.

p/s : tapi best juga ya jika ada pembaca. Apakata kalau aku buat Zainal Zulia Fan Page. Wah agak melampau tuh. Tapi OK jugak kan. Entahlah, apa keperluan pun aku tak tau. Cer try.

Tiada ulasan: