Baru buat Fan Page - Zainal Zulia : Random. Bakata Deepak Chopra, "Randomness is part of creativity". Ini boleh dijadikan outlet aku untuk 'berkarya' tanpa prejudis dan kontrol. Tanpa audiens, jadi aku tak perlu memikirkan sangat apa kehendak orang lain. Cukuplah aku sendiri yang senyap-senyap menulisnya. Kalau ada orang jadi Fan pun, itu pilihan dai sendiri, takde kaitan dengan aku. Kalau dia orang yang aku takenal lagi bagus, sebab dia akan melihat artikel ini tanpa prejudis.
Baru balik breakfast dengan famili. Pastu pergi pasar. Hari ni 3 kelas aku ada; SD Twin, Sufian & Qallif. Malam ada Transformers lagi. Pastu besok Breakfast dengan Abah, kumpa Fahdil di McD Ampang Park, Ija nak belikan perfume kegemaranku POLO sebagai hadiahantaran, dan kita mahu survey beg untuk Hantaran balas ku kepada Ija pulak. Kalau berkesempatan, aku ingin ke Istana Budaya, untuk melihat Battle of the Band yang sedang berlangsung di sana, setelah diberitahu oleh Alif, pemain dram Brownees.
Perlu ke lagi 5 Things? Setelah aku menulis di sini. Ada rasa malas. Rasa macam ini lagi syok. Entahlah. Tapi 5 Things agak berbeza. Ia membuat hidup dipenuhi love. Cukuplah.
Adakah penulisanku di sini sementara. Entahlah. Aku ni memang terlalu kreatif. Dah banyak dah web. Tapi semua tak jalan. Tapi ini kalau OK, aku ingin beli domain zainalzulia.com . Wah banyaknya duit aku!
Dapat idea lain pulak. Rasanya nak try eksperimen tak tulis 5 things dah. Cuma tulis kat sini. Takisah berapa perenggan pun. Asalkan tulis pada post yang sama, selagi hari ini. Ha, macam ni lah.
Aku ada berat hati nak tengok wayang, sebab aku rasa nak raikan birthday Abah aku lagi best, mengenangkan semua adik-beradik aku ada di sini. Takpelah, janji mesti dikotakan. Besok pagi aku akan breakfast dengan Abah, disamping mengajar anak dia, Mirza dan Nurina matematik. Harap-harap berkat.
Wow. Abe Navigator dah jadi fan Zainal Zulia : Random!
Tapi still orang tak perasan sangat haha. Tunggu aku jadi famous dulu baru orang perasaan hehe.
Tapi video Megahanz Hani tu takdak langsung orang Like! Nape ya? Haha. Camane aku nak buat video competition kalau takdak langsung orang Like? Macamane tuh?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan