Sejak kecil lagi, selepas saja aku akil baligh, pada umur 11, aku sudah memasang angan-angan untuk punyai Super Group Rock Band yang Terhebat di Rantau ini.
Gila..
Ku sangkakan aku ini normal.
Ku sangkakan lepas punyai ijazah ACCA dan bekerja kolar putih di firma gergasi KPMG, aku akan terus 'mati' di situ sampai mati.
Mati bersama impianku..
Kerja, kahwin, beranak pinak, tengok anak besar, tengok anak kahwin, bercucu, pastu mati. Tanpa meninggalkan apapun, harta ataupun nama.
Tak ku sangka aku ini gila.
Sekarang..
Aku masih di sini..
Masih mengejar impianku itu
Yang tercetus masa aku akil baligh dulu...
Gila..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan