Foreo adalah band pertamaku, ditubuhkan pada 1993, ketikaku berusia 14 tahun (2 tahun selepas ku memegang gitar buat kali pertama). Bersama Jaja (gitar kedua dan vokal), Ari(dram), Ijol (bass dan asalnya keybord) dan aku (lead gitar), kita mula jamming di Black Widow, di Asia Jaya (sekarang Armada Hotel), sebelum berpindah ke Jalan Gasing.
Bermain bersama band ini adalah diantara momen terindah di alam remajaku. Di sinilah kami membangun bersama-sama, mengasah bakat dan skil, dari lagu rock kapak (favorite lagu Bayangan Gurauan-Mega dan Bersama Selamanya-Visa), Grunge (Nirvana), segala pop rock mainstream hinggalah ke Metallica (fav Master of Puppets dan Seek N Destroy). Kali terakhir kami jam ketika 1999, sebelum Ari sambung belajar di Switzerland.
Bersama band ini jugalah aku mengasah bakat (selain gitar lead) dalam penciptaan lagu. Dari lagu "Memories (of Seperation)", "Thinkin' Its Cool", "River of Alkaline" (lagu hit ni!), "Crow", "No Problem"(instrumental ni), "Counter Terrorist" (metal ni), "Lagu B" dan" Petir Takdir". Jaja pun ada lagu hitnya, "Couldn't Ask", dan Ijol "The Magic Word". Haha tersenyum sendirian aku mengenangkan detik itu.
Pertunjukkan kami yang paling besar adalah pada tahun 1998 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampang. Kami memainkan lagu "Petik Takdir" dan "River of Alkaline". Kami juga sudah merakamkan demo di merata tempat; Sonic DU, Bangsar, Ampang, Cheras dan Black Widow.
Insyallah semua kaset demo kami ada dalam simpananku. Macamana ya nak upload ke PC ni. Almaklumlah dulu pakai kaset je, tak pakai CD. Kalau pakai CD kan senang. Tapi takpe, akan ku usaha untuk upload juga.
Show kami yang paling best dan hapening adalah ketika 'Induction Night' kolejku, YPM Cheras (sekarang KPTM) pada tahun 1997. Kami memainkan hampir 30 lagu mainstream (termasuk lagu sendiri) ketika itu, dan 20 daripadanya adalah request dan kami menjadi band karaoke. Lepas show, Gema Azam (memberku yang organise) menyumbangkan RM50 sebagai saguhati (masa tu rasa banyak aje RM50, sekarang...) dan aku menyimpan dalam tabung demo Band. Kami benar-benar puas hati dan seronok kerana tak sangka boleh bermain spontan tanpa cukup latihan. Tibai aje. Malam itu juga Ijol menjadi perhatian kerana kelihatan 'sungguh jambu' memakai baju melayu warna merah sambil main bass.
Oh ya ape itu Foreo?
Asalnya kami 3 orang aje, aku, Jaja, dan Mam (pemain dram asal), jadi TRIO. Jadi lepas Mam keluar, Ari dan Ijol masuk, jadi la 4. Jadi FOUR+TRIO = FOREO
Memang tongong haha.
Baru buat FB ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan