- Shipping : 'shipping' di sini bermaksud keluarkan saja idea, walaupun anda tidak pasti adakah ia idea yang bagus atau tidak. Usah terlalu kritikal. 'Post' saja artikel blog anda. 'Suarakan' saja pandangan anda. 'Siapkan' saja lagu ciptaan anda. Usah terlalu mencari kesempurnaan. Walau apapun keputusan/pandangan orang ramai kelak, ada sesuatu yang baru yang anda boleh pelajari.
- Usah 'judgemental' pada idea anda sendiri. Anda harus ingat, anda bukanlah 'penilai' terbaik untuk idea anda sendiri. Mungkin bagi orang lain, mereka sukakan idea anda, walaupun bagi anda biasa saja. Kita takkan tahu selagi tidak 'post'.
- Pergi ke tempat baru. Dengar lagu baru. Lihat lukisan baru. Baca buku baru. Kenal orang baru. Main permainan baru. 'Tune' gitar cara lain. Apa saja. Cabar status quo anda. Keluar dari rutin. Sekurang-kurang sekali seminggu, lari dari rutin anda.
- Lepak bersama orang kreatif yang berjaya. Anda kan 'terangsang' untuk menghasilkan seni sebagus mereka, dan membuktikan pada diri-sendiri yang anda juga boleh melakukan juga, sekaligus membina keyakinan diri sendiri.
- Kritikan sebagai batu loncatan. Memanglah pedih pada permulaan. Tapi jika direnungkan kembali, ada juga sedikit sebanyak kebenaran yang boleh kita pelajari. Anggap orang yang kritik ingin membantu anda sebenarnya.
- Jangan memperlekehkan idea orang lain. Ini sebenarnya membantutkan perkembangan idea anda sendiri.
- Meditasi : Ini boleh membawa maksud sembahyang khusyuk, dan bertafakur. Sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Ini supaya kabus-kabus fikiran anda boleh terungkai, dan anda akan mampu melihat 'sinar' hati anda. Sekaligus memprioritikan perkara yang penting dahulu (first thing first).
Formula membantutkan idea
Tidak 'shipping'/'post' idea---> idea terperap--->anda tidak gembira dan sukar mempelajari sesuatu baru---->writer's block.
Formula menjana idea berterusan
Post idea anda---> anda lega----> dengar feedback -----> belajar sesuatu yang baru----> idea baru!
Tanggungjawab orang kreatif anda untuk memberi, kerana dia sudah diberi (gifted).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan