Selasa, 27 Disember 2011

Keretaku : NAL 67


Baru-baru ini, kereta Persona 'kelabu tahi anjing' ku telah mencapai 66,666 km. Setelah memiliki pada 11 September 2009, telah berusia 2 tahun 3  bulan. Jadi, aku telah memandu kira-kira 88 km sehari ! secara purata. Wow!

Sebelum kereta ini, aku memandu Peugeot 406 berwarna ungu selama 5 tahun.  Abahku membelikan ku kereta isu secara lelong demi memiliki nombor plat NAL 67.

Sebagai cikgu tuisyen, aku punyai tugasan merata tempat di sekitar Lembah Klang ini. Paling jauh ialah di Ampang. Alhamdulillah, setakat ini, kereta Persona ku tidak manyusahkan. Malah sangat berjasa. Aku menservisnya setiap 3 bulan sekali bersama mekanik 'diraja' Firuz di Sungai Buloh.

Aku membayarnya RM510 setiap bulan. Pinjaman 'hire-purchase' selama 9 tahun. Lama lagi tu.

Paling jauh ku membawanya adalah ke kampung halamanku di Pasir Mas, Kelantan, 2 bulan lepas. Kini adikku Aff juga membeli Persona, yang versi baru lagi.

Aku sememangnya meminati warna hitam, tapi sengaja ku pilih warna 'kelabu tahi anjing ini' kerana, aku ingin memilih warna hitam untuk kereta 'seterusnya'. Haha.

Kereta idamanku sejak remaja adalah BMW. Tapi sekarang ini kau lebih meminati Mazda 6. Kerana ia lebih ringkas tapi elegan.

Buat masa ini, aku agak gembira dengan Personaku. Aku bukanlah peminat kereta, asal boleh bawa dari poin A ke B sudah mencukupi. Isteriku Ija menggunakan Kelisa, hadiah dari ibubapanya. Kami berasa bertuah kerana dibantu oleh ibubapa kami sendiri. Terimakasih.

Tiada ulasan: