Saya babysit anak saya, yang berusia 3 bulan, sudah hampir 2 minggu. Setiap pagi, seawal pukul 7.30, selepas ibunya keluar ke tempat kerja, dia akan bangun. Saya akan bagi susu, bermain/berbual dengannya. Pukul 9 pagi, mandikan dia. Selepas itu panaskan susu, bagi susu, tidurkan dia, layan lagi, sehinggalah pukul 12 tengahari, barulah kami bergerak ke rumah opahnya (mertua saya) di Damansara Utama.
Saya semakin sibukkan? Mesti saya tak sempat nak buat benda lain.
Salah. Saya menjadi makin produktif sebenarnya. Pencapaian saya sejak 2 minggu ini:
- satu demo sudah siap, kini demo baru.
- bayar gaji cikgu dan tutup akaun bulanan dengan mudah sekali.
- kemaskini 3 blog.
- kelas tuisyen saya paling banyak bulan ini, rekod dalam masa 6 tahun saya mengajar.
Bagaimana saya lakukan? Saya sendiri pun tidak sangka. Saya sangkakan masa saya semakin tersempit. Tapi Tuhan bagi saya kekuatan dan cara untuk menguruskannya. Ini kesannnya:
- saya bangun awal, dan sempat solat Subuh (sebelum ini subuh gajah je). Ini permulaan yang baik, kerana saya paling produktif pada waktu pagi.
- Jadual saya semakin tersusun, kerana isteri saya telah buat jadual ringkas untuk Sofea, secara tidak langsung, saya juga patuh pada jadual saya sendiri.
- saya lebih gembira. ini kerana setiap pagi, Sofea akan tersenyum, selepas saya bercakap kata-kata yang manis untuknya. Secara tidak langsung, saya berasa semangat dan positif.
- Sofea mengingatkan saya tentang impian dan fokus saya. Jadi, saya berhenti melakukan perkara yang tidak penting.
- hidup ini menjadi lebih warna-warni. Ini bagus kerana membantu saya menjadi lebih kreatif.
- mengajar saya erti ketabahan. bukan mudah ya menjaga bayi. Terutamanya jika dia menangis tidak berhenti, saya perlu bertenang dan memikirkan jalan penyelesaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan