Khamis, 17 Januari 2013

102 - Crowd Funding

Saya masih lagi memerah idea, bagaimana untuk membantu penyanyi merakamkan lagu ciptaan saya. Tiba-tiba, sebelum tidur saya mendapat satu idea liar : crowdfunding.

Ini mensasarkan projek dibiayai oleh pihak ketiga, seperti peminat tegar, keluarga ataupun sahabat handai. Saya terjumpa laman web ini : Pledge Music yang mesra pengguna, memahami kehendak dan fokus kepada muzik. Cantik sekali.



Sajakiri sebagai label

Dari sini, saya boleh bertindak sebagai label yang membantu penyanyi melahirkan single rasmi. Bukan saja fokus kepada penerbitan muzik semata, tapi juga kepada pakejing dan promosi. Oleh kerana ini, saya harus berurusan dengan A&R.



Medan Penguji

Disamping itu juga, saya akan berikan penyanyi ini tempoh sehingga 3 bulan untuk mencari penaja projek. Jika mereka berjaya, ini tandanya mereka ada kesungguhan, sekaligus potensi untuk berjaya lebih cerah. Jika tidak berjaya, pun takpe, segala tajaan tidak akan dicaj.



Apa tanggungjawab saya

Sebagai ketua projek, saya harus mengawasi segalanya. Bukan itu saja, saya juga harus cipta lagu komersial yang sedap untuk dijadikan single.



Peluang untuk artis

Tunai merupakan nadi. Sekarang baru saya nampak jalannya. Tapi keraguan tetap ada. Bagaimana jika saya tidak berjaya? Perlukah saya buka ciptaan untuk orang lain? Atau perlukah saya fokus kepada ciptaan saya semata? Berapa banyak artis yang saya perlu setiap bulan? Berapa kos saya? 


Perjalanan masih jauh. Saya masih memikirkannya dari segenap segi. Ia tidak mudah, tapi semestinya berbaloi. Saya harus punyai flow yang sistematik.

Tiada ulasan: