Terimakasih kepada isteriku yang menyedarkan aku agar berhenti bercakap BS lagi.
Apa itu BS?
BS adalah daripada perkataan 'Bull Shit', yang memberi makna perkara yang sia-sia seperti hampas (atau tahi) yang tidak berguna.
Contoh dalam kes aku, bercakap tentang 'impian dan harapan yang tidak berpijak kepada bumi yang nyata'.
Aku terikut perangai ini daripada abahku, yang sering bertemu 'epifani', iaitu berasa 'bersemangat kerana telah bertemu jawapan hidup' dan berasa 'inilah ini, jawapan yang ku cari-cari selama ini' apabila bertemu seseorang atau idea baru.
'Hidup pasti gemilang selepas ini', fikirnya.
Yang masalahnya, hampir setiap penemuan baru, pasti difikirkan begini.
Hasilnya, habuk pun tarak.
Mengapa Epifani BS ini bahaya?
Sepintas lalu, ia tidak nampak bahaya, malah nampak seperti 'encouraging'. Bahayanya tersembunyi.
- apabila kita bercakap 'bagaimana sesuatu ini akan merubah hidup kita' kita sebenarnya tidak berpijak pada bumi yang nyata, dan berasa semangat kerana kita sebenarnya sedang di awangan.
- ini menghidari kita untuk berfikir dengan lebih rasional, praktikal dan kritis untuk menyelesaikan masalah sebenar. -
- kita berasa epifani BS tadi telahpun menyelesaikan masalah kita. Padahal takde apapun yang bergerak.
Simptomnya
-
- kita bercakap besar, megah dan penuh keyakinan. -
- Ada unsur arogan dan angkuh juga. -
- kita hanya fokus pada 'kehebatan diri', bagaimana hebatnya kita mampu meyelesaikan masalah ini.
Peristiwa sebenar.
Isteriku sebenarnya kecewa denganku kerana aku kerap berasa bersemangat apabila menemui seseorang / idea baru yang kononnya bisa mengubah hidup.
Ini kerana aku bercakap dengan nada 'inilah dia jawapan yang kucari, aku dah tau solusinya, tak perlu risau lagi'.
Aku berasa 'bangga' kerana sudah 'tau jawapannya'. Padahal masih tiada penyeleaian praktikal lagi. Hanya sedikit teori.
Patutpun selama ini ibuku 'jelak' apabila aku bercakap 'aku sudah tahu jawapannya'.
Rujukan :
Sila rujuk artikel ini untuk lebih detail : http://www.petershallard.com/why-epiphanies-will-destroy-your-business/
Dan juga video ini :
2 ulasan:
"The mark of true hero is humility"
- Master Shifu (Kung Fu Panda 1, 2008), 01:02:16
register new vocab 'epifani'
baru tau...
Catat Ulasan