Selasa, 17 Jun 2008

Unknown Teritory

Aku dah sign-up balik join Unit Trust Agency. 3 tahun lepas aku pernah join tapi tak berapa berjaya sebab aku mase tuh tak bole accept rejection. Hmm...ni aku join balik sbb skrg ni (dah 2 tahun) aku dah jadi tutor math yg berjaya (berjaya di sini maksudnya punya schedule yg cukup padat, 7 days a week). So aku igt nk buat upselling la sket kan, suruh diorang invest dlm unit trust (benda baik ape), sbb parent2 budak2 ni kebanyakannya org senang (ye la private tuition ni kan kira luxury jugakla). Hmm..i hope dis could be a right move...

Apa yg aku baca dlm 'The Millionaire Next Door' (Thomas J Stanley/William D Danko) kekayaan (wealth) bukan bergantung pada 'income', tp 'net worth', Setiap org punyai 'balance sheet' masing2. 'Net worth' di sini maksudnya 'asset minus liabilty'.

Maknanya org yg punyai kereta besar dan rumah besar tidak semestinya 'kaya'. Mengikut kajian di US, 90% millionaire (definasi millionaire di sini yg punyai net worth USD1m-10m) masih tinggal di rumah lama mereka, pakai kereta biasa, masih beli baju dan jam yg murah.

Jangan terkejut, mereka yg 'pakai kereta besar' ataupun 'golongan show-off' kebanyakan bukan millionaire, tp golongan yg 'high income, low net worth'. Memangla ade millionaire lain yg 'suka show-off' tp mereka hanyalah 10% dari keseluruhan millionaires.

Oleh itu, sayugia diingatkan, 'income yg tinggi' tidak mencerminkan 'kekayaan sejati', vice versa. Oleh itu sangatlah penting untuk kita membangunkan aset kita dgn melabur saham, membeli hartanah, ataupun yg terbaik, buat perniagaan sendiri. 'Pay urself 10% of ur income' membawa maksud melabur sekurang2nya 10% dr income anda. Melabur dlm unit trust adalah cara tersimple (tidak semestinya yg terbaik). Tapi permulaan yg baik.


'Wealth is not possesion, but an attitude.'

Rabu, 11 Jun 2008

Sajakiri Production


Atas request Keno, nama Band dah ditukar balik ke TuLanG. Aku OK aje sebab kitorang agree nak buat nama 'Sajakiri Production' as our Label. Maknanya TuLanG ni artis pertama di bawah 'Sajakiri Production' punya label.

Kelmarin dah record drum (Meor) & bass (jaja), semalam aku pulak record gitar & piano part untuk lagu 'Tinggal Rangka' nih. So malam ni tinggal vokal Keno. Sikit lagi ni. Syok wo kerja dgn JD. Dia ni mamat rock. Dia paham seni muzik aku.

So, aku vision bawah 'Sajakiri Production' nanti ni, banyak projek2 kreatif yg akan aku reka. Pastu aku nak bercolobrate dgn artis2 yg berbakat sejati (bila aku mention 'artis', maksud aku org yg berkarya seni. Bukan celebrity2 yg poyo & yg takde subtance tuh).

................................................

'Love is the only freedom in the world because it so elevates the spirit that the laws of humanity and the phenomena of of nature do not alter its course'
Khalil Gibran

Ya, Love is a form of freedom. To love is the only way to free yourself. Dats why i always choose to do what i love the most ; creating music. It is the only way for me to feel where im belong.

For me, the definition of Love is broad and subjective. Love defines U. Love defines who U really. There is no life for those who does not Love.

And I believe we live only to love.

....and love is a verb.

Sabtu, 7 Jun 2008

Penantian Keindahan

'We live only to discover beauty. All else is a form of waiting'
Khalil Gibran

Dalam maksod dia ni. Kalu translate melayu:

'Kita hidup hanya untuk menemui keindahan. Yang selain itu hanya penantian'

Aku jadi minat pulak Khalil Gibran nih. Dia cakap 'straight from heart', bukan dari mekanikal otak. Dari Rohnya sendiri.

Aku percaya Genius sejati itu terbit dari Ruhnya sendiri. Otak hanyalah kalkulator. Jari yg menekan itu adalah Ruh.

.......................................................

Sabtu, 24 Mei 2008

Miracle

Every 2 hari, aku nak update. Syok jugak menulis blog ni. Macam therapy..

........................

Miracle.

Apa itu miracle?

Macamane kita nak create miracle dalam hidup kite?

Heavy pulak topik aku kali ni.

Miracle hanya berlaku kepada mereka yang percaya sahaja.

.........................

Impian.

Apa itu impian?

Apa yang aku tau;

impian menjadi kenyataan = miracle

Kesimpulannya :-
Takkan berlaku miracle jika tiada impian

Impian hanyalah step pertama.

Diantara impian dan miracle, itulah sebenarnya CABARAN manusia sejagat.

Khamis, 22 Mei 2008

Sungai Alkali


Dulu name Band aku ni TuLanG. Tapi sekarang aku tak suka name tu sebab nampak macam main-main & tak serius. Nak buat karya kena serius beb. Baru best. Baru nikmat. Pasal tu name Band aku dah ditukar ke "Sajakiri". Baru best. Lebih artistik.

Bulan depan kitorang nak masuk studio 2105, record dgn JD. Dia ni gitaris Pop Shuvit (yg lagu Marabahaya part 'lajuku laju jua ku tuju..." tuh dia la nyanyi). Baru2 ni dia menang "Best Engineer in An Album" (3 drpd 5 pencalonan tuh dia la) dalam AIM 2007. Dasyat mamat dia. Tapi baik & humble. Kitorang nak record lagu 'Sungai Alkali'(dulu tajuk dia River of Alkaline).

Aku cipta lagu ni masa aku Form 4 (tahun 1995), lepas gaduh besar dgn Aff, pastu abah mengamuk pecahkan gitar kapok aku (tiru Ritchie Blacmore). Pasal tu aku compose lagu ni pakai keybord.

Lagu ni lagu riang gembira. Padahal aku tgh sedih.

Aku akan cipta lagu sedih kalu aku riang gembira.

Terbalik.

Aku pon tak paham kenapa.

Selasa, 20 Mei 2008

Blog syok sendiri

Kadang-kadang aku rase takde siapapun baca blog aku ini. Aku sendiri tulis. Aku sendiri baca. Haha. Kelakar.

Aku selesa begini. Dari kecik lagi aku suka bersendiri. Masa aku 5 tahun dulu, aku suka duduk belakang pintu senyap2 dan lama2 sampai terberak dalam seluar. Haha. Kalu tanya mak aku pun sampai sekarang dia ingat lagi. Kelakar.

Aku pun tak suka ke majlis keramaian. Dan paling aku malas kena bersalaman dgn orang. Rase macam nak balik teros sebaik saja sampai, kecuali kalu tuan rumah tu seseorang yg dekat dgn hati aku.

Biarpun aku suka main muzik, 'bunyi kesunyian' (sound of silence) adalah bunyi kegemaranku.

Macam minum 'air kosong'. Flush all de drain.

Aku paling suka negeri Terengganu. Negeri dia pantai saja. Adalah menjadi impian aku main gitar kecilku sorang2 tepi pantai. Angin dia kuat beb. Aku sukakan bunyi angin itu. Tenang.

Macam di alam lain.

Pasal tu kalu bole aku nak kawin dgn org Terengganu (misti yang cantik/slim & baik hati) .Bole balik kampong main gitar tepi pantai.

Aku rase macam aku dah merepek dah ni. Sukati aku la blog aku.

Aku sendiri tulis, aku sendiri baca kan.

Khamis, 15 Mei 2008

Super Group : Sajakiri Part 1


Sejak kecil lagi, selepas saja aku akil baligh, pada umur 11, aku sudah memasang angan-angan untuk punyai Super Group Rock Band yang Terhebat di Rantau ini.

Gila..

Ku sangkakan aku ini normal.

Ku sangkakan lepas punyai ijazah ACCA dan bekerja kolar putih di firma gergasi KPMG, aku akan terus 'mati' di situ sampai mati.

Mati bersama impianku..

Kerja, kahwin, beranak pinak, tengok anak besar, tengok anak kahwin, bercucu, pastu mati. Tanpa meninggalkan apapun, harta ataupun nama.

Tak ku sangka aku ini gila.

Sekarang..

Aku masih di sini..

Masih mengejar impianku itu

Yang tercetus masa aku akil baligh dulu...

Gila..

Selasa, 13 Mei 2008

Entahlah...

Kadang-kadang terasa aku ingin menulis..
Untuk apa? Aku pun tak pasti
Penulisan bukanlah ekpresi terbaik diriku..
Muzik lebih dekat di hati..

Umurku sudah hampir mencecah 30-an
Terasa 10 tahun yang lalu begitu pantas
Dan kosong..
Tiada apa yang membanggakan terjadi
Dalam hidupku...

Entahlah..

Kadang-kadang aku sendiri sukar mengerti..
Diri ini..

Gila...

Ayat-ayat tidak mudah tertulis
Sukar aku sendiri mentafsirkan rasaku...

..................

.................

....................

...................

Hidup ini indah
Pada mereka yang mencari....

Jumaat, 11 Januari 2008

Dunia ini Luas

Dunia ini luas
Seluas-luasnya..
Tak terbatas..

Tuhan ciptakan yang terbaik

Hidup ini..
bersyukur ke atas nikmat-Nya..
juga sudah memadai..
untuk merasainya...

Ya, hidup ini maha luas...

Ahad, 30 Disember 2007

Keindahan dari Syurga

Kepada sesiapa yang merasai
yang melihat
yang mendengar

yang menghidu

Dari Ruhnya sendiri...


Sesungguhnya Syurga itu ada
dalam diri setiap yang berjiwa...