Isnin, 6 April 2009

15th – Sehalus sutera cina

1 . Jasmine, pelajar Form1 ku yg comel, menyatakan pada ku kalu bole dia ingin tuisyen setiap hari.


2. Alhamdulillah, buku revision Add Math untuk IQKL telah di distribute pada studentku setelah 2 bulan menunggu.


3. Rafik bersetuju untuk JV bersamaku. Aku akan mendisplinkan diriku sendiri dgn send satu lagu melalui email setiap minggu.


4. Akhirnya aku dan cikgu Zul sepakat untuk membuat profit-sharing tuition centre. Apa yang lebih menggembirakan aku tuisyen ini hanya fokus kepada Sains dan Math sahaja.

Memang impianku untuk menubuhkan Science & Math Private School.



Aku sedang menyediakan basic budget calculation untuk projek di atas.


5. Aku bejaya ketemui cara untuk mengurang serangan asma ketika berlari:- 2 puff seminit sebelum larian dimulakan.


6. Aku berjaya memperolehi Jadual Installment untuk Proton. Sedang berkira2 jua. Saga BLM, Savvy, Persona, Gen2, Waja, Perdana.
Ehm.. serasa aku lebih sukakan yang konteks sahaja.


7. Job March 2009 adalah yang ke-dua tertinggi dlm 2 tahun setengah, atau yang tertinggi dalam 15 bulan.


8. Estee mendapat A untuk Math nya. Dalam kelasnya hanya 2 org mendapat A.
Fatin juga mendapat markah tertinggi so far untuk dirinya. Alhamdulillah. (hi Estee)


9. Telah berdiscuss dgn Nan tentang arenjment lagu Counter Terrorist. SO far so gud.


10. Aku memandu mak ku balik kampung di Tangkak kerana atukku kurang sihat kerana sakit pinggang.


11. Dalam kemalasanku, aku berjaya juga menyemak kertas budak IQKL. Resultnya memuaskan dan aku percaya kebanyakkan mereka boleh dapat A1.


12. Minggu ini filem : Talentime



Arahan Yasmin Ahmad. ‘Scyncronizing imperfection beautifully’

This film really evokes my feeling. Nak tgok lagi next week.

Ada banyak scene yg aku sebak dan bergenang air mata.


13. Aku akhirnya basuh juga cadar, selimut dan sarung bantal setelah __ bulan tak basuh. Haha.


14. Aku belanja jamming anak buah aku; eddy & alan, bersama drummer Mior.
Aku benar2 enjoy kerana dpt berkarya sepuasnya. Dan aku berpendapat Mior adalah drummer yg hebat ; heavy & tight.


15. Im happy sebab tak pasal2 aku dpt extra income RM81.30. Hasil dari sales sebagai unit trust agent. Alhamdullilah.


16. Aku memulakan kembali ‘Buku Doa’, direquest oleh Athirah. Setelah hampir 6 bulan berhenti.


17. Murid tuisyenku di Tropika bertambah dari 3 menjadi 7 orang sekarang.


18. Ayahku memberi tahu nilai market value kereta ku adalah lebih daripada nilai scrap yg ditawarkan Proton.

Isnin, 30 Mac 2009

14th – Failure is our Best Product "Johnson & Johnson"

My Small Success for Last Week

1. Aku berjaya menjahit seluarku yang koyak pada bahagian kaki sebelah kiri.

2. Larian jogingku lebih pantas dan mencabar. Menyeronokkan. Minggu ini berjaya lari sejauh 6.6km (1.65km x 4).

3. Telah mengadakan meeting bersama Cikgu Bakar (owner Tuisyen Pragmatik TTDI) ; berkenaan Pusat Tuisyen di Sri Damansara, atau di Setia Alam

4. Joint-Venture dengan Cigu Zul lebih menyeronokkan ; Rent-in or Profit sharing Tuition Center.

5. Aku sedang berkira2 untuk JV dgn Rafik. Setiap lagu yang berjaya akan di arrenj oleh nya.

6. Aku akhirnya service kereta ku setelah 4 bulan tidak masuk workshop. Satu pencapain yg membanggakan bagi kereta ku. (ie dulu every month kena service, rosak sana-sini)

7. IQKL
• Aku berjaya membeli buku kerja untuk satu kelas
• Dalam kesibukkan ku (baca:kemalasanku), aku berjaya menyediakan kertas peperiksaan untuk mereka.


8. Student Perempuanku
• Sekumpulan student perempuanku di Sri Damansara menyatakan mereka benar2 enjoy kelas bersamaku. Malah mereka menyatakan mereka looking forward dan tidak sabar2 pada siang hari ketika di sekolah untuk tuisyen di malam hari. Thank U girls.
• Mimi : juga menyatakan untuk tuisyen 2 kali seminggu semata2 kerana seronok kelas besamaku.


9. Aku berjaya meneruskan rekreasi seni ku; menonton wayang sorang2 pada pukul 11 pagi Rabu. Kali ini movie : The International.

10. Result Exam ( Add Math)
• Kathyrina ; Satu-satunya student India ku. Setelah 3 bulan kelas bersamaku, dia memperolehi 78% (A) untuk Add Math nya. Result sebelum ini – tak pernah lulus.
• Faruq ; Mendapat markah 68% dlm peperiksaan sulungya. Hanya 7 org lulus dan dia ranking ke-3 dlm kelasnya
• Zikri ; memperolehi markah tertinggi dlm hidupnya ; 88%. Among highest dlm sekolah nya. Result sebelum ini ; cukup makan 40%.
Alhamdullilah.



11. Aku berjaya merungkai masalah writers block ku. Selama ini, bila bermain instrument, gitar atau piano, aku tend to ‘tengok’ apa yang jari aku buat, tanpa memberikan perhatian kepada ‘bunyi’. Aku terlalu calculative dgn jari-jemariku.

Tapi kini, bile aku bermain intrument tanpa melihat jari-jemariku, ilham yg timbul lebih natural. pure dan flow.

Seperti orang buta bermain muzik.

Dengan menggunakan Sony ICD-B600, aku bersedia untuk merakamkan ilham2 baru ku Insya- Allah.



12. Gig TuLang
• Dede – mengajak TuLanG untuk perform di UM. Tapi Ken berada di Thailand.
• Jasman – kenalan baruku ini memperkenalkan aku pada Reza Saleh, seorang penganjur Gig terkenal.



13. Aku menetapkan harga baru tuisyen ku berkuat kuasa April 1 2009;
2 jam : RM90
1.5jam : RM70

Aku diberi tahu oleh Cikgu Bakar yang rate aku sebenarnya murah. Ade yg charge sehingga RM140 untuk 2 jam. Mahal giler babi.



14. Aku berjaya merakamkan lagu baruku (E-G#m) di Cubase.


15. Eddie (studentku) menyatakan kesedian untuk bermain gitar lead part shredding untuk lagu metal ku ‘ Counter Terrorist’.


16. Aku sedang berkira2 untuk membeli kereta baru. Proton aje.

17. International Tuisyen Centre.
Pengiraan dan budget telah dimulakan

18. Aku berjaya ‘track back’ deposit duitku ke dlm bank sejak Nov 2006. Ini untuk tujuan pengesahan bank untuk tujuan pinjaman.

19. Aku berjaya convince Zikri untuk menulis ‘Small Success’ untuk dirinya sebagai satu cara untuk mengurangkan masalah/stress dlm keluarga.

20. Aku berjaya menemui Hairiza di Facebook.

Isnin, 23 Mac 2009

13th : Any Success/Breaktrough is the End of the Beginning, Not the Beginning of the End

Celebrating Small Success

Ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk (nak menunjuk2 ape kalu success itu small). Ini lebih kepada mensyukuri dan menghargai hari-hari 'biasa' ku.

Dan untuk meng'attract' kejayaan yang lebih besar dan bermakna dan besar Insya-Allah. Amin,


Small Success sepanjang minggu.

1.Tuition job mingguanku mencapai rekod baru (43jam): tertinggi dlm 4 tahun.

2. Kewanganku mencapai rekod teringgi dlm 4 tahun.

3. Masih dlm peringkat perbincangan untuk menubuhkan pusat Matematik pada 1 Jan 2010 di KOta Dsara.

4. Cikgu Bakar dan Cikgu Zul, kedua-duanya punyai pusat tuition yang berjaya, menyatakan hasrat untuk Joint-venture dgnku.

5. Aku punyai student baru yang cukup menyenangkan dan manis; Syazwani.

6. Ada seorang gadis comel ingin membuat cheese cake untukku.

7. Gitar brand 'Al-Hambra' (buatan hand made dr Spain) yg berharga RM3k++ milik Tasya(adik Ken/Jaja), dlm pinjamanku untuk menginspirasikan dlm penghasilan karyaku.
Komen : Sound sedap nak mampos!

8. Sahabat zaman sekolahku, Lee Hao Zhong, telah bersusah payah mewujudkan 'Fan Page ; TuLanG' di Facebook. Aku sungguh terharu. Thanx Fox Mulder

9. Sambut birthday mak pada Mac 18. Menantu kesayangan mak, Khalis Amali belikan cheese cake yg bertulis 'Queen of Our Heart'
How true..

10. Aku sudah buat keputusan. Ia bukan 50:50. Bukan 80:20. Bukan 20:80. Bukan 60:40. Bukan 40:60. BUkan 30:70. BUkan 70:30 . BUkan, BUkan!

Ianya 110:110.

Music dan Education.

Selasa, 17 Mac 2009

12th - Celebrating Small Success

1- Dapat Job dari Uncle Chening.

2- Memulakan rakaman demo 'Counter Terrorist'

3- Qoute dari Megat Fareto ; "Cayalah album kau beb!Ari2 aku pasang kat cd kete aku.Lg sebulan confirm hafal lirik! Kalau kau buat konsert sure aku datang nyer! Yg kureng pasal album kau pasal 5 lagu jer...x puas aaaaaaa......"

4- Simpanan Unit Trust ku sudah meningkat ke angka yg 'tak lah banyak tapi mengejutkan'. Sikit2 lame2 jadi bukit.

5- Aku antar mak aku gi kerja di KL setiap hari dalam minggu ini kerana keretanya rosak kerana eksiden.

6 - SPM- Add Math
Student2 ku yg mencapai keputusan membanggakan. Alhamdullilah.

SPM 2008 - Add Math
John Gan : A1
Anati Ajeerah : A1
HIfzi Hashim : A1
Intan Nurdiana : A1
Syarfiqah : A1
Athiqah Z : A1
Siti Fatimah : A1
Nasuha : A2
Nurfadhilah Husin : A2
Jeffriyah : B3
Syafiq : B3
Mira : B3

SPM 2007 - Add Math

Nadzmi Zubaidi : A1
Ku Azlan : A2
Haizad : B3


Visionku kini adalah untuk menyewa satu bilik untuk ku mulakan operasi 'Add MAth' ku. Sewa sekitar RM200-300 menjadi pilihanku. Amin.

Selasa, 10 Mac 2009

11th : Success is going from failure to failure without no loss enthusiasm - Winston Churchil

Kelemahan aku yang utama ialah aku mudah berputus asa.

Sebenarnya berputus asa adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan

It's no brainer.

Go on needs courage.

Definasi berjaya bagiku ialah 'orang yang meneruskan perjuangan dalam menghadapi siri-siri kegagalan (atau mungkin, siri-siri kejayaan).

Tapi bak kata Bill Gates , 'success is good, but failure is a better teacher'.

Usah terlalu beremosi ketika meraikan kejayaan, atau menangisi kegagalan.

Rilek aje.



Kematian

Ini mungkin pendapat yang radikal. Kematian bagiku hanyalah noktah kecil di penghujung ayat.

NOktah tidaklah sepenting isi makna ayat tersebut.



Karya Seni

Adalah lebih mudah bagiku untuk berkarya atas nama seni itu sendiri.

BUkan menghambakan pada sebarang objektif dan material semata.

Seni sepatutnya umpama pokok yang tumbuh dan membesar secara semulajadi.



Falsafah


For every masterpiece creation, the creator itself IS the masterpiece creation.

Khamis, 5 Mac 2009

Dari Yah - Tag – 25 random things about me

1-Secara jujur, aku rasa tulis tag ini tidak berfaedah dan membuang masa.

2-Aku ingin membeli set mainan Dinobots (Transformers)

3-Hidup aku bahagia walaupun aku tiada harta dan rupa.

4-Aku percaya semua wanita dilahirkan sebagai bidadari.

5-Aku seorang yang pandai ‘mengayat’

6-Aku tak tahu mengapa, semakin hari ku merasakan aku semakin muda, macam Benjamin Button.

7-Aku ingin berkahwin dengan orang Trengganu semata-mata kerana ‘boleh balik kampung main gitar tepi pantai’.

8-Heliza! Aku cinta padamu!

9-Cita-citaku ketika 8 tahun : ingin bekerja di Amerika Syarikat sebagai pereka cipta robot Transformers.

10-Aku pandai masak air dan nasi sahaja.

11-Magee pon tak berapa nak jadik.

12-Aku rasa ‘menyakat adik beradik’ adalah satu nikmat hidup yang tidak ternilai.

13- Huish. Banyak lagi nak kena tulis ni.

14-Kalau aku Ultraman, akan aku ukur ketinggianku dengan KLCC.

15-Aku hairan mengapa Donald Duck hanya memakai topi dan baju tetapi tidak seluar.

16-Alang2 tulis la wasiat : Kalu aku mati, aku ingin menderma organ2ku yang masih OK kepada mereka yang memerlukan.

17-Serius aku tak main-main ni.

18-Aku berpendapat M Nasir berhak mendapat gelaran Datuk.

19-Aku tidak menyokong mana2 pihak; cuma aku berpendapat Sultan Azlan Shah dapat menunjukkan ‘keadilan dan saksama’nya dengan membubar DUN Perak supaya pilihanraya negeri boleh diadakan semula.

20-Aku enjoy tengok wayang sorang2 pada pukul 11 pagi hari Rabu.

21-Aku tidak berpihak mana2 ; aku berpendapat sampai bilapon Chelsea tidak akan dapat menyaingi MU selagi adanya sikap gopoh dan ambitious yang tidak terkawal itu.

22-Sesat ketika memandu adalah aktiviti yang ku enjoy.

23-Salah satu bakat anugerah Tuhan padaku ; Aku boleh memandu kereta sambil tidur di Lebuhraya Plus dan Lebuhraya KL-Kuantan sahaja.

24-Aku wonder adakah orang Belanda tahu yang kita panggil mereka ‘orang Belanda’?

25-Aku berpendapat sesiapa yang membaca Notes ini juga membuang masa secara efektif sekali.

Sekian Trimakasih.

Selasa, 3 Mac 2009

10 th : Please vote our song 'Darah' by TuLanG at http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp.

Music

Every fortnightly, I will record my new composition into Cubase.

And at least one studio production a month.

Check out : http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3150




Faith

What is faith? Is our destiny are all pre-determined? If that so, are we capable of re-write it?

Philosophically, I always prefer to believe as it never written beforehand. I want to believe as if I am the one who write my own destiny.

Is that possible?

I donno.

Im honestly donno.

I think, FAITH is the answer.


.......................................................


Faith. What is faith?

I donno how to answer it either. But I know one way to measure it :

“The ability to get up in every fall”

What's ur opinion?

Khamis, 26 Februari 2009

9th : Please vote our song 'Darah' by TuLanG at http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp.


I want to be somebody in music.

I donno how great I want to be. Im just want to be someone essential in music industry.

And this all just beginning
.



Jatuh Cinta
Aku akui aku seorang yang sukar jatuh cinta. Aku mudah suka atau sayang seseorang. Tapi mencintai seseorang adalah berbeza.

Di usia begini, aku mengerti, bahawa cinta adalah satu proses. Bukan sekadar ‘feeling at the moment’ semata.

Aku akui aku belum sampai ke peringkat itu lagi.

Seumur hidup aku, serasa aku jatuh cinta hanya sekali saja.

Oleh itu aku umpama ‘kaktus di padang pasir’ menanti cinta ideal.

Baru kini aku mengerti – aku takkan temui.

Tanpa proses itu.



Perancangan masa depan I
Aku rasa aku sudah punyai kabel yang kuat dalam dunia muzik. Housemate ku Ahmad Fedtri Yahya. Penulis lirik dan host MHI yang berjaya. Aku boleh menumpukan perhatian kepada penciptaan lagu, terutamanya Pop, dan Fedtri sebagai penulis lirik.

Aku ingin menjadi the most sought-after produser/komposer di Malaysia.

Dan TuLanG adalah luahan sebenarku.

Amin



Perancangan masa depan II
Aku in the midst untuk membeli rumah. Mungkin apartment. Selewat-lewatnya awal tahun depan. Namaku clear di Sicriss. Aku perlukan tunjukkan konsistensi dalam aliran masuk di akaun bank ku.

Ini kerana aku tidak punyai slip gaji.



Latin
Aku mula berangan untuk menubuhkan Latin band.

Idea penubuhan ia sangat mengembirakan aku.

Jaja sebagai bassist, Wahid sebagai drummer dan aku sebagai pemain gitar bertali nylon cukup mengujakan.

Ehm. Buat masa sekarang ia hanya wujud di anganku.

Isnin, 16 Februari 2009

8th: The riskiest thing is : not taking essential risk

Tag dari Yah
First time nih aku buat tag orang

a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the first minimal words of explanation.
b) Tag 5 other people to do the same once you've finished answering every question page of results.





1. The age you'll be on your next birthday :



I donno why me age stop 4 years ago




2. A place you'll like to travel to :



Nebula Cloud




3. Your favourite place :

Susah senang bersama



4. What is your favourite food(s)?




Goreng pon sodap!



5. Your favourite pet :




Naga kepala empat



6. Your favourite colour combination :


Dark Red n Black



7. Your favourite piece of clothing :



Lambang kejantanan




8. Your all time favourite song :

Lagu diorg sume sedap



9. Your favourite tv show :


Dari umur 3 tahun lagi..


10. First name of your significant other/crush :

Sexy n evil !


11. The town in which you live in :




Subang Jaya



12. Your screen name or nickname :


JZ : Jenal Zulia



13. Your first job :


Menyusu



14. Your dream job :

Papa lego!



15. Your worst fear :



Even this scares me


16. The one thing you'd like to do before you die :

Yeay!

17. The first thing you'll buy if you get $10,000,000 :

For 2nd time! Yeay!




5 tags
1. Dr Mahathir
2. Anwar Ibrahim
3. Dato Nawar
4. Romizi
5. Fadhilah

Rabu, 11 Februari 2009

7th – Don’t bother to be better than ur contemporaries or precedors. Try to be better than urself

Salam
Aku andaikan blogku ini umpama rencana/majalah yang terbit seminggu sekali ie weekly edition. Aku kurang pasti pasal marketing atau bilangan pembaca, but writing like this does stimulate my mind.

Music



Wings – Bazooka Penaka (1993)

Aku ada membeli album ini. Wings adalah influence ku yg terawal, terumatama Joe kerana pemainan gitar kidalnya. Lagu pertama yg kupelajari adalah Misteri Mimpi Syakila dan Sejati (diajar oleh abg suadaraku, Uda Sham) pada tahun 1991 ( ketika ku berusia 12 tahun).

Bagiku ini album terbaik Wings. Dari segi sound dan authentic rock value yg tinggi. Dari sini aku mencorakkan composition aku skrg. Muzik yang tight. Band seperti Search dan Hujan adalah loose. Tapi TuLanG adalah band yg tight.

Sistem rakamannya juga adalah analog. Aku seperti tidak gemarkan recording digital, although soundnya kemas. Analog akan membuatkan soundnya lebih raw dan real.


Pengabdianku Kekasih

Segala isi buni
Restui pengabdianku
Kekasih



Music II


Diorama – Siverchair (2003)

Silverchair adalah band genius bagiku. Dipimpin oleh Daniel Johns, mereka benar2 berani melangkaui dimensi muzik rock itu sendiri. Mereka bertuankan hati mereka sendiri, bukan peminat atau orang luar. Aku benar2 respect mereka dari segi hal itu.
Album ini bertemakan semi-orkestra rock. Reference ku untuk mencipta lagu2 epik bertemakan orkestra.

Across The Night

Across the night
It was the moon that stole my slumber
Across the night
I fell in love with people sleeping