Sabtu, 9 Julai 2011

Interview : Awan Fantasia Part 2

5-Dari Mana Datangnya Nama Kumpulan Ini?(Idea Dari Mana dan Apa MAksudnya)..

Nama Sajakiri ini datang pabila saya dapati saya 'boleh' menulis sajak dengan tangan kidal saya, padahal tangan dominan saya tangan kanan. 'Boleh' di sini membawa maksud 'idea' yang mencurah-curah. Sama seperti apabila saya bermain gitar secara kidal, ia seolah-olah memetik secara automatik sendiri. Dari situ, baru saya sedar yang idea seni/kreatif saya datang dari dominan kidal. Walaupun saya mengira/membuat matematik/membuat penulisan rasmi dengan tangan kanan.

Sajakiri bermaksud : Sajak+Kiri
Baca : Sajak (hasil seni) + Kiri (dominan kidal saya)


6-Lagu pilihan dan sejarah lagu itu dicipta..

Lagu pilihan ya. Ini agak sukar untuk dijawap. Lagu-lagu umpama anak-anak bagi saya. Saya sayang semuanya. Tapi untuk menjawap soalan ini, buat masa sekarang ada 3 lagu yang 'dekat' dengan hati saya :-
  • Surihani (mengenai cinta pertama saya, dicipta pada 1999)
  • Pelangi (lagu 'tema' saya mengenai kehidupan, umpama 'ketua' kepada lagu-lagu yang lain, dicipta pada 2002 ketika saya belajar di Dublin, Ireland)
  • Bidadari (lagu terbaru saya, dicipta pada 2009. Lagu ini ringkas tapi sangat dalam)
Banyak lagi sebenarnya (saya ada beratus lagu dalam simpanan). Buat masa sekarang, inilah pilihan saya. Saya difahamkan penulis Blog ini, Afiq meminati lagu Jihad dan Surihani kan?


7-Ucapan Khas Kepada Peminat Band Sajakiri Kat Luar Sana...

Terimakasih kerana menyokong Sajakiri. Anda adalah sebahagian daripada kami(extension of us) .


8.Ucapan Istimewa Kepada Pembaca BLOG AWAN FANTASIA... ;-)

Kepada pembaca Blog Awan Fantasia, teruskanlah membawa blog-blog hangat di sini. Penulisnya seorang yang baik hati, kreatif dan supportive. Hidup Awan Fantasia!

Tiada ulasan: