Isnin, 1 Ogos 2011

Kegembiraan diri sendiri : selfish?

Dari kecil lagi, kita dianjurkan oleh ibubapa kita sendiri kita haruslah memikirkan tentang orang lain, jangan mementingkan diri sendiri. Ini nasihat yang berguna, tapi pendapatku, ia tidak membawa maksud kita harus mengorbankan perasaan diri hanya kerana orang lain. Kita harus mencari penyelesaian kreatif untuk menang-menang (win-win). Ini cabaran sebenar. Mencari creative solution.

Adalah lebih mudah mengalah, dari berfikir. Bagiku, kita sendirilah yang bertanggungjawab terhadap kegembiraan dan kebahagian diri sendiri, bukan orang lain.Tapi kenapa bila menghadapi situasi sukar, kita harus mengorbankannya? Prioriti adalah perasaan kita sendiri. Walau apa pun situasi, kita harus pastikan kita berpuas hati dan gembira.

Aku tahu mungkin ramai yang merasakan  pendapat ini 'hanya mementingkan diri sendiri' dan selfish. Tapi aku tak setuju. Kerana apabila kita berpuas hati dan gembira, lebih mudah untuk kita membantu orang lain kerana kita sudah stabil dengan emosi sendiri.

Aku percaya jika semua orang bertanggungjawab terhadap kegembiraan masing-masing, dunia akan menjadi lebih baik. Tiada lagi menunding jari menyalahkan orang lain. Kita akan menjadi lebih mudah membantu orang lain. Adakah ini 'selfish'?

Memikirkan kegembiraan orang lain adalah baik dan manis, tetapi ia tetap prioriti kedua. Dalam segala hal, top prioriti adalah masih diri sendiri.

Contoh : seorang pelajar kedoktoran kelihatan sungguh selfish, kerana 24 jam sehari hanya belajar, belajar dan belajar sahaja. Pergi kenduri pun tidak, apatah lagi berparti dan lepak. Kelihatan hanya pengajiannya sahaja yang penting. Tapi selepas 6 tahun, dia mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berbakti kepada masyarakat. Adakah dia seorang yang selfish?

Kesimpulan; 'selfish' terhadap kebahagaian/kegembiraan/kejayaan diri sendiri adalah asas kepada kontribusi kepada masyarakat secara amnya.



"I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody. "

Tiada ulasan: