Khamis, 4 Ogos 2011

India : Satu Perjalanan

Pada Februari 2 2010, kami sekeluarga (aku, mak, Etty & Yah) ke Manipal, India untuk melawat Aff & Khalis di situ (masa ni gubboy in the making). Ia sudah berlaku setahun setengah yang lalu. Tapi saja aku tulis sekarang unutk menguji ingatanku.

Perjalanan kapal terbang dari LCCT ke Kochi mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai di situ, kami dijemput pemandu upahan yang baik hati bernama Praveen. Walaupun dia kurang fasih berbahasa Inggeris, tapi dia sempat menunjukkan gambar familinya padaku. Sampai di Ernakulam, kami menaiki keretapi selama 7 jam untuk sampai ke Udupi/Manipal. Nasib baik la kami menaiki koc malam, jadi tidur dengan amat selesa dalam keretapi (terimakasih kepada Aff yang membelikan tiket). Khalis dan Aff menjemput kami di stesen keretapi di situ.

Salah satu keunikkan di jalanraya India ini mereka gemar membunyikan hon. Di Malaysia, hon jangan sebarang hon, kerana ia boleh mengundang kemarahan. Tapi tidak di sini. Tidak membunyikan hon dengan kerap boleh mengundang bahaya.

Kami sempat ke Goa, kota yang pernah dijajah Portugis ini (sama seperti Melaka), dengan menaiki keretapi selama 4 jam, dan kereta 1.5 jam. Di sini, nasi beriyani adalah terbaik. Ia sangat autentik (asli), menggunakan beras basmati. Kari kambingnya usah cakaplah, bak kata Abah "best in the world!", memang tak jumpa di Malaysia. Kena pergi sana baru tahu.

Lagi satu keunikkan India dari segi logistik adalah perjalanan keretapinya (yang lama). Pernah aku berbual dengan seorang penumpang, dia dari selatan (Ernakulam), ingin balik ke rumahnya di utara (New Delhi), akan mengambil masa lebih kurang 48jam (2 hari) untuk sampai. Lama beb! Jaraknya lebih kurang 2,000 kilometer! Kita paling jauh pun Perlis ke JB, hanya 12 jam perjalanan (agaknya la) dan jauh 678 kilometer. Tapi koc keretapinya agak selesa la jugak (ada yang berhawa dingin) untuk perjalanan sejauh itu. Tempat duduknya, boleh dibuat 'katil' jika tidur secara melintang.

Secara keseluruhan, dari pemerhatianku, India umpama 50 tahun ketinggalan dari Malaysia (ini pakcik aku Cik Man yang cakap). Dari segi pembangunan, masih tiada lebuhraya yang menyeluruh untuk negara yang sebesar India ini.

Tapi aku begitu enjoy ke muzium autonomi di Manipal. Antara terbesar di dunia. Bersambung....


Budak kecik terpinggir dan Etty di India

Tiada ulasan: