Hari ini harijadi isteriku tersayang, Nurfaeza yang ke 26. Aku hanya mengenalinya hampir 3 tahun yang lepas. Kini hampir 2 bulan dia menjadi isteriku. Insyallah, dia akan menjadi ibu kepada anakku, kira-kira 32 minggu dari sekarang. Ya Tuhan, Kau peliharalah kandungan itu sebaik mungkin. Amin.
Sejak berkahwin dengannya, aku berasa indah seperti di syurga. Dialah bidadari yang ku nanti selama ini. Terasa macam mimpi pun ada. Kadang-kadang bila aku balik rumah mak aku sorang-sorang tanpanya, aku berasakan umpama 'baru sedar dari lena petang yang panjang'. Hah, gitu sekali. Semoga kami berkekalan. Amin.
Mengapa aku berasa sedemikian?
Ini kerana, sebagai seorang yang bekerja sendiri (self-employed), aku punyai cita-cita yang tinggi, dalam karierku (bidang muzik dan tuisyen). Pertama kali dalam hidupku, aku berasa ; AKU BOLEH MENGGAPAINYA. Kenapa ya? Bukan hanya kerana 'tekanan untuk mendapat pendapatan lebih' sejak berkahwin, tapi isteriku menyokong penuh pada impianku. Kepercayaannya padaku membuat aku makin percaya pada diri sendiri. Aku sungguh bertuah.
Rupanya perkahwinan ini umpama 'kemerdekaan' pada diri sendiri, seperti juga penghijrahan. Terasa segar dan 'reborn'. Sebelum berkahwin, aku hanyalah salah seorang anggota keluargaku yang ramai, terasa kecil dan rendah diri, dan terasa selalu diperlekehkan. Kini setelah menjadi ketua keluarga, perspektifku berbeza.
Kepada isteri, Nurfaeza. Happy birthday, my honey dew. Im so lucky to meet you. Maafkan saya sekiranya saya 'terpanas baran'. Ija lah bidadari saya yang sebenar. Saya perlukan Ija dalam hidup saya. I love U.
Lagu ini kucipta untuknya sebelum mengenalinya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan