Apa yang saya mahu capai 10 tahun lagi? Baru-baru ini saya ke Paka, Terengganu untuk melawat mak saudara dan nenek saya, dan kami ada singgah di beberapa perhentian di pantai untuk lepak.
Saya memang sukakan pantai di sebelah timur semenanjug, kerana anginnya yang kuat bertiup, rasa sungguh tenang sekali.Di samping itu, bandar di Paka juga sungguh rileks, tidak berserabut seperti di Kuala Lumpur.
Ini mengilhami saya, lalu bertanya pada isteri saya,
"nak tak pindah ke kawasan kampung sebegini?"
Saya akui, sejak kelahiran Sofea, saya semakin suka ringkas dan minimalistik. Lihat saya desain laman ini, serta sajakiri.com, hanya putih jernih sahaja.. Atau mungkin kerana selepas saya menggunakan Iphone, desainnya yang putih dan ringkas, menyahserabutkan minda saya.
Saya ingin menjadi komposer sepenuh masa, tutor separuh masa. Saya inginkan hidup yang minimal tanggungan (overhead), dan tidak berlebihan.
Saya cuma ingin berkarya muzik, mengajar matematik, dan menghabiskan masa bersama keluarga. Ini saja pun sudah cukup buat saya rasa bahagia.
Kebebasan Kewangan
Ini adalah impian saya 10 tahun lagi. Kebebasan kewangan di sini bermaksud, pendapatan pasif melebihi perbelanjaan hidup. Bermaksud, tidak perlu bekerja sudah boleh hidup.Buat kerja pun, kerana minat dan displin yang sudah dipupuk, atas dasar ingin menyumbang kepada masyarakat.
Caranya :
- mencari sumber pendapatan pasif sebanyak mungkin: dalam bentuk royalti, bisnes, atau rumah disewa.
- kurangkan perbelanjaan harian. Minimalistik.
Saya ingin berpindah ke pantai, satu hari nanti. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan