Saya teringatkan pertemuan saya dengan Aidit Alfian. Beliau berkata, pada hari yang baik, beliau boleh mencipta sehingga 13 buah lagu, dan pada hari yang biasa, 5 buah lagu. Kata beliau lagi, M Nasir akan tekan 'record' di studionya, dan beliau kan menyanyi dan bermain gitar, selama 2 jam tanpa henti.
Bagi semua keluar. Hah begitulah para artis otai tempatan mencari ilham.
Saya akui, saya tidak berbuat begitu, saya 'menanti ilham' terbaik untuk dirakam, apabila sampai seru sahaja. Menurut Aidit, dia pernah terdengar juga sesetengah komposer mencipta lagu dengan cara sebegini. Cara ini tiada masalah, cuma, saya mengambil masa terlalu lama untuk menyusun lagu. Kadang-kadang sehingga seminggu untuk menyusun satu lagu sahaja.
Sehinggakan saya tidak 'mencipta' lagu baru dalam tempoh tersebut. Produksi menjadi lambat, walau sekadar demo.
Bagaimana saya boleh mengatasinya?
Saya hanya mahu buat demo separuh lagu, atau saya panggil Demo 2 Minit.
Tujuan :
- supaya saya tidak perlu 'memerah otak' untuk menyusun lagu. Jika ada orang mahu produksi, barulah saya fikirkan, atau saya upah saja arenjer lain untuk menyusun lagu saya.
- saya boleh fokus seratus peratus kepada penciptaan lagu. Inilah kekuatan saya yang sebenar. Dan jumlah produksi saya akan bertambah di masa depan.
- menyediakan lebih banyak pilihan kepada klien saya. Buat masa ini, saya bercadang untuk menyiapkan satu demo 2 minit dalamasa 2 minggu.
- saya mahu menjadi lebih produktif, dan menghargai ilham yang Tuhan berikan. Kerana seringkali juga, saya mendapat 'ilham rawak', tapi tidak saya pedulikan, kerana fikir 'banyak lagi lagu lain yang harus disiapkan'.
Insyallah, saya akan mulakan dengan karya seterusnya. Saya merasakan beban saya semakin kurang, dan fokus untuk berjaya semakin tajam. Terimakasih kepada yang memberi sokongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan