Ini daripada idea susulan (lihat pos terdahulu), dimana finalis boleh membayar deposit, secara ansuran, demi untuk membuat single mereka sendiri. Saya menawarkan harga RM979 untuk mereka. Khas untuk finalis Sajakiri - Vokal sahaja.
Pemilikan Single
Oleh kerana saya memberi mereka harga separuh (harga satu produksi boleh mencecah RM3,000), pemilikan juga separuh mereka, separuh Sajakiri Music.
Mereka boleh menebus (refund) deposit mereka?
Tidak boleh. Tapi ia boleh lupus setahun selepas deposit terakhir dibuat. Nilai deposit minimum adalah RM100.
Adakah saya betul-betul membantu mereka?
Itulah yang saya harapkan. Ada rasa gentar juga, jika mereka tidak berpuas hati, mahu tarik diri, atau ingin menebus balik deposit. Apa yang saya harus lakukan jika perkara yang tidak saya ingini ini berlaku?
Patutkah saya :
- bagi saja mereka menebus balik?
- berkeras dengan tidak membenarkan refund?
Terutamanya, jika ia 'kalah besar' dan menduduki ranking terakhir.
Hadiah
Soalan seterusnya, perlukah saya memberi diskaun istimewa (seperti janjang aritmetik), kepada finalis, bergantung kepada kedudukan akhir mereka. Cukup di tempat pertama sehingga ketiga saja? Contoh
- Tempat Pertama : Percuma
- Tempat Kedua : RM500
- Tempat Ketiga : RM750
- Tempat Keempat/Kelima : RM1,000
OK ke? Hmm. Macam Ok. Kena buat projeksi ini.
Adakah ini menarik?
Bagaimana jika tiada diskaun ini? Sekurang-kurangnya mereka ada 'reward' dalam perjuangan mereka kan. Akhirnya, Sajakiri Music akan mempunyai produk berkualiti.
Setiap musim, saya akan mencari 5 finalis saja. Saya akan berikan mereka yang bagus saja peluang ini. Tapi, hanya siapa yang pantas menyahut peluang ini, dengan mendeposit RM100 saja layak. Saya harapkan ini, akan memberi tekanan kepada mereka untuk membayar dan menyertai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan