Khamis, 8 November 2012

43 - Selepas Musim Pertama

Maafkan saya pembaca yang saya hormati sekalian. Hampir 2 minggu saya tidak menulis. Sebelum ini, hampir setiap hari.

Sejak hampir 3 minggu sudah, undian Sajakiri Vokal Musim Pertama dijalankan. Ada 2 perubahan yang saya buatkan :

  1. perubahan dari sistem undian Pollsdaddy ke sistem YouTube Like.
  2. perkenalkan sistem undian juri profesional
Ini untuk memastikan undian 'lebih tepat dan jitu' dalam memilih juara yang layak. Disamping saya dapat mengembangkan kredibiliti dan jenama Sajakiri Music kerana menggunakan juri profesional, yang terdiri daripada nama-nama besar tanahair, seperti Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim dan ramai lagi.




Untuk Musim Seterusnya

Mamat, salah seorang finalis, bercadang untuk menaja dirinya sendiri dengan harga RM100 (sehingga kini belum lagi pasti). Tapi hajatnya itu memberikan ilham kepada saya untuk caj setiap finalis yang layak, dengan harga RM100. Ini untuk sekurang-kurangnya 5 finalis. Ini membolehkan saya mengutip dana sebanyak RM500, sebelum bermulanya pertandingan lagi.




Undi Tajaan

Semestinya, mereka boleh 'top up' lagi sepanjang musim pengundian berlangsung. Tapi pemenang pertama, akan berpeluang merakamkan single dengan percuma (hanya bermodalkan minimum RM100 tadi).



Bagaimana dengan yang lain? 


Pelaburan mereka tidak akan hilang. Saya akan wujudkan tabung, atau Sajakiri Bank. Setiap pelaburan mereka saya akan catatkan. Dan saya berikan mereka harga istimewa, khas untuk finalis saja. Dengan harga satu single RM979 (belum confirm lagi)

Tiada ulasan: