Sebaik saja tarikh pengundian tamat, kita akan ada pemenang rasmi pada setiap musim. Saya terus bawa baki mata kepada FB grup baru : Finalis M1. Saya akan buat tawaran rasmi untuk mereka ini. Mereka boleh keluar dari grup ini, tanda tidak mahu menerima tawaran ini. Saya akan mengesahkan sekali lagi dengan mereka secara peribadi untuk memastikannya.
3 bulan ini hanya untuk mereka membuat keputusan. Rakaman boleh jadi selepas itu. Tapi, pada pemikiran kedua, elok juga jika rakaman itu dibuat dalam masa 3 bulan ini. Senang. Selesaikan semua. Jadi, bagaimana? Ini cadangan saya :
- keputusan mesti dibuat dalam masa sebulan.
- rakaman dan bayaran mesti selesai dalam masa dalam masa 3 bulan ini.
Adakah ini baik dari segi impak? Apa harapan saya?
Terus terang, saya ada merasai sedikit bimbang jika masa terlalu pendek untuk mereka membuat keputusan. Jika 3 bulan, mereka akan mempunyai masa untuk menaja secara perlahan-lahan dan menambah YTL. Bagaimana?
Saya rasa, begini :
- mereka bolah bayar ansuran dalam masa 3 bulan, tapi keputusan hendaklah dibuat dalam sebulan pertama.
- untuk mengelakkan undian tipu untuk YTL. Apdet : YTL tidak akan dikira selepas tamat tarikh pengundian.
Jadi, hanya sebulan untuk mereka membuat keputusan?
Insyallah. Nampaknya begitulah.
Saya tidak boleh terlalu fokus pada jumlah semata-mata, hanya mereka yang benar-benat berkehendakkan saja.
Lagipun fokus utama saya adalah produksi muzik bernilai RM3,000 satu projek.
Jadi, saya akan berhempas pulas pada bulan pertama, memujuk mereka sebaiknya, siap dengan pengiraan untuk ansuran dan segala kelebihannya.
Kesimpulan
Saya hanya boleh tunjukkan pintu, hanya mereka sendiri yang membukannya. Saya kena buat ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan