Khamis, 22 November 2012

53 - Pakej RM3,000, RM5,000 dan RM7,000

Saya boleh bahagikan kepada 3 pakej. Cuma ada satu isu : "ada ke orang nak?"

Ini mungkin kes biasa. Self esteem. Tapi saya tidak mahu fokus di situ. Saya berasa teruja dan profesional apabila caj sebegini.

Apa yang saya tawarkan? Apa beza diantara pakej berikut? Entahlah, saya ada sedikit sebanyak idea, tapi tidak begitu jelas lagi.

Rancangan 2013 saya.
Saya ingin memperuntukkan hanya 4 jam sehari untuk mengajar tuisyen, dan hanya 5 hari seminggu. Setelah menghantar Sofea pada pukul 9 pagi, saya akan berjoging selama 20 minit. Tutup FB, dan buka Cubase. Dari pukul 10 pagi ke pukul 3 petang, 5 jam saya akan fokus hanya kepada penerbitan muzik.

Purata satu lagu
Saya akan simpulkan setiap produksi saya bernilai RM5,000. Dari blog ini, saya mendapat inspirasi bahawa nilai karya seni adalah sangat subjektif. Ia tidak bergantung kepada berapa jam, atau sofistikatednya alatan, atau kompleksnya ia. Ia bergantung kepada perasaan klien kepada karya kita. Itu saja.

Dari sinilah saya mendapat keyakinan untuk caj dengan harga premium sebegini. Kerana sebelum ini saya terlalu fikirkan tentang harga pasaran, alatannya, karya saya yang masih tiada nama dan sebagainya. Terpulang kepada klien untuk merasakannya.

Kalau mereka berasa ini, mereka boleh cari komposer lain. Ini di luar bidang kuasa saya.

Bagaimana jika tiada orang yang mahu?
Saya tidak perlu risau yang ini. Saya hanya perlu fokus mencari mereka yang mahu.

Bagaimana? Cukupkah dengan hanya menanti?

  • Promosi dengan FB Ads
  • Promosi dengan Sajakiri-Vokal
  • Hanya target SATU projek setiap bulan.
  • 'Miracle'
Haha, saya tahu untuk memperolehi miracle . Saya kena sediakan 'ruang' untuk nya, dana kekalkan displin Cubase setiap hari!

Amin, inilah evolusi saya dan Sajakiri seterusnya.

Tiada ulasan: