Sebenarnya, saya 'hate' marketing. Sengaja saya tulis tajuk itu berlainan kerana ingin mengubah mindset saya sendiri. Tapi kenapa ya?
Tapi, bagaimana jika saya mengubah soalannya, menjadi mengapa saya cintakan marketing?
- saya lebih berpeluang berjumpa rakan/sahabat/peminat baru yang lebih ramai dan best.
- lebih membesarkan peluang saya untuk berjaya dan meraih pendapatan yang lebih tinggi.
- karya saya lebih tersebar luas, lalu mengukuhkan penjenamaan Sajakiri Music.
Sudah sampai masanya saya menerima hakikat. Sungguh rasa tidak selesa. Dari zaman saya menjadi agen unit-trust, 9 tahun lalu saya cuba mengelaknya, tapi kali ini tidak boleh lagi.
Jadi, apa rancangan saya?
Idea kasar :
- ajak penyanyi terkenal menyanyikan lagu saya secara percuma
- teruskan Sajakiri-Vokal (?)
Setelah bangun dari tidur, saya menyedari sesuatu. Semua ini didorong oleh ketakutan saya jika rumah ini dibeli oleh orang lain. Jadi saya berasa 'urgency' melampau untuk menjana pendapatan secara drastik!
Bagaimana sepatutnya? Adakah saya salah kerana fokus kepada 'lacking'? Jika ya, bagaimana untuk saya fokus kepada abundance? Tapi bagaimana jika tiba-tiba rumah ini dijual dalam masa terdekat? Apa rancangan saya? Bagaimana untuk saya mengambil peluang di atas ini?
Tapi apapun, keputusan saya menolak servis ciptaan orang lain, adalah bijak. Kini saya sangat fokus, dan mempunyai idea untuk membuat Sajakiri Vokal elit. Cantik. Tapi bagaimana prosesnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan