Isnin, 7 Januari 2013

96 - Realiti

Setelah lama tidak menulis, kerana mahu fokus kepada perlaksanaan Vokal - Bidaan, kini saya sudah faham lebih, terutama dari segi perlaksanaan dalam dunia sebenar.

Saya sebenarnya sukakan konsep Vokal Bidaan, saya bermula dari bawah, mengikut harga 'pasaran' (serendah RM100), melihat keseronokkan orang membida sana-sini, dan saspennya yang orang akan close dengan harga yang lebih tinggi. Malah saya juga boleh fokus kepada arenjmen muzik selama sebulan lamanya.

Jadi, sekarang apa pulanya?

Sepertimana yang pernah saya pos selama ini, VB ini seolah-olah menghadkan potensi saya (hanya satu lagu diterbitkan setiap bulan). Tapi kali ini, bukan itu saja.

Saya mula buka Cubase.


Tadi saya saja2 rakam vokal demo lagu Hijau. Wah mudahnya kerja saya, Ringkas. Saya sukakan ringkas sebegini. Benar2 rasa tiada beban.

Bukan itu saja, saya rasa lebih mudah untuk saya bersosial, dan menuramah idola. Bukankah ini obvious, dan jauh lebih efektif? Apa yang kurang?

Mungkin rasa kurang berkeyakinan? Mungkin ya.

Jadi tukar lagi pakej? Mana yang lebih baik, siapkan pakej rakaman, atau sekadar pakej produser saja. Ada ke stail macam ni? Saya tidak pasti. Tapi jomlah buat saja. Bagaimana?

Lebih relaks dan bijak sebegini. Tapi ada ke orang nak? Inilah dilema saya.

Cuba dulu? Tapi yang bagusnya, cara ini saya punyai banyak masa bersosial, dan ini mencerahkan peluang saya untuk 'berjaya', jika terjumpa dengan kontek yang sesuai. Ya, ini adalalah ketidakpastian, tapi mencerminkan siapa saya yang sebenar, komposer.


Tiada ulasan: