Isnin, 20 April 2009

Azhar Imran (Jaja)

Jaja adalah satu2nya manusia yg punyai pengaruh besar dlm hidup aku :-

- dia adalah org yg pertama yg 'nampak' dan menyokong bakat ku dlm penciptaan lagu.
- dia org pertama yg mencadang agar aku mulakan kareer ku dlm bidang pendidikkan.
-dia org yg pertama dlm band aku, dan juga performance ku di atas pentas yg pertama juga bersamanya, ketika darjah 6.

He's my bestfriend. Kitorg boleh duduk berborak 6 jam non-stop, dan bole jamming 2-3jam non-stop jua. Dia seorang yg irritating (kerna kami sentiasa bertengkar), tapi aku tahu hatinya bersih dan lurus.

Dia alwayz support lagu2 ciptaanku, malah walaupon dia sudah bersama super-band HUJAN dia tetap berminat untuk membuat projek muzik bersamaku.

Dari band pertama kami, FOREO, dari lagu rock kapak (visa,mega,wings), Nirvana (smell), Metallica (master of puppets, sandman), original composition ku (Memories, River, Crow, Counter, Hairiza, Beras, Bom), TuLanG sehingga projek skrg, Sajakiri.

Itensity kite tetap sama


Jaja (2 dari kiri) bersama HUJAN

Thank U, Ja.

nota kaki ; bilik ku kini juga ku dpt dari nya, ex-bilik Noh kerna Noh berpindah ke condo Jaja.

Selasa, 14 April 2009

16th : 'That's what makes death so hard - unsatisfied curiosity' : Bergi Markhan

Small Success

1. Pada Jumaat malam, aku bersama Cikgu Zul mengadakan meeting dgn Cikgu Hafizul, seorang cikgu pakar dlm Physics & Chemistry. Walaupun masih muda, dia punyai pengalaman yg luas dlm industri tuisyen. Dia akan diserapkan ke dlm partnership kami;-

Aku - Pakar Add Math

Zul - Pakar Mod Math

Hafizul - Pakar Physics, Chemistry & Science

Kami bercadang ingin mula beroperasi di Kota Damansara pada 1 Jan 2010. Modal berbayar sebanyak RM50,000. Kami ingin menjadi 'Science & Math' terunggul di Malaysia. Amin.

Science & Math Instituition
-Profit-sharing oriented
- Great teacher all the time
- Volume of students
- Expansion by Franchise
-Nationwide
- Focus on Science, Math & Technology.
- Lower & Upper Secondary, Pre-U, or maybe University Level.
- Effective yet simple system.



2. Ada member lamaku ingin membantu untuk membeli kereta bank tarik.


Kereta Honda Civic yg berharga RM120k menjadi RM40k.

Logik ke?



3. Pada malam minggu, aku ngajar adikku Etty subjek Add Math.
Power tak power, kami berjaya menghabiskan bab 'Solution of Triangles' dalam masa sejam sahaja.


4. Ada request dari murid2 IQKL untuk ku mengajar Modern Math pula. Rasanya macam malas.


5. PAda Isnin malam lepas, kami sudah merakamkan vokal Intan Sarafina dan piano Rafik
untuk lagu Syorgaku.

Lagu ini agak authentic. Soothing but mystery. Pop Jazz yg artistik.



6. Blog Entry oleh studentku, Estee (hi estee)
SUNDAY, MARCH 8, 2009

TULANG pun boleh
TULANG
mari mari support my teacher's band . lagu mereka sudah keluar di radio . waaah ! sangat cool :)from left :
JENAL . guitar / keyboard .
KEN . vocalist
JAJA . bass .
aku tahu band ni because Jenal to cikgu tuition aku . so , lagi semangat aku nak promote band nie . seriously way , sangat coooool ! aku da dengar semua lagu lagu mereka . not bad la way .
Posted by estee at 7:23 PM
Thanx for the support Estee.


7. Student2 ku di Pulau Ilmu memberi feedback yg berguna. cadangan mereka :-
i) Soalan SPM terus
ii) perincian jalan kerja
Hasilnya; kelas aku lebih bertenaga dan bersemangat, walaupun lebih penat. Tapi murid2 berpuas hati kerana pengiraannya jelas dan detail.



8. Lepak selama 6 jam bersama Ken & Jaja separetely (bermakna 12 jam total lepak), pada Selasa lepas memberi banyak insight yang berguna untuk dijadikan panduan dlm perjuangan seniku.
*Ken blanja lunch di Sakae Shushi. BUrp.


9. Dua orang studentku yg berasrama penuh, Syafirul dan Hazim meningkat markah Add Mathnya setelah tuisyen.
Syafirul : dari Pass------> A1
Hazim : dari Fail------->C
Congrats. Alhamdulillah


10. Lagu 'Counter Terrorist' telah ku masukkan vokal. Lirik akan ditulis kembali oleh Ken.
Recording maybe di pertengahan May. Recording studio belum diputuskan lagi.
Boleh tahan jugak lagu ni. Metal Kapak!



11. Dapat lagi Job baru minggu ni. Adik Imran (Sri Damansara). Alhamdulillah.


12. Aku ketemui bassist baru yg rock, Saiful Salleh.
Kalu dia bagus, akan ku serap ke dalam Band ku.


13. Cikgu Bakar mengulangi kesediannya untuk menubuhkan Pusat tuisyen bersamaku. Alhamdulillah. Aku terharu.


14. Aku berjaya mengumpul kertas Add Math SPM dari tahun 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 & yg terbaru 2008.


15. Lagi mendapat Job baru. 2 session pulak tuh. Adik Syazwani yg kembar tuh. Alhamdullilah. Murah rezeki aku.


16. Aku membuat keputusan untuk meneruskan Sajakiri Music dgn mencari penyanyi lelaki yg freelance yg bagus tapi belom establish. Ini kerana mereka lebih fresh, bersemangat, mendengar kata, dan semestinya lebih murah.
Ciri-ciri penyanyi yg ku cari:-
i) extension of my personality
ii) Indonesian-alike singer : Duta (SO7), Once (Dewa), or Donnie (AdaBand)


17. Mona, bos tuisyen Tropika, membelanja dinner KFC pada team cikgu-cikgunya. BUrp
Siap bagi ang pow lagi RM30. Terima kasih


Isnin, 13 April 2009

Pengapit

Part 1

Aku tidak punyai kawan yg ramai. Tapi aku terharu kerana 2 org sahabat baikku jadikan aku sebagai pengapit. Ijol & Gadap

Ogos 2005 : Ijol dan Afzan
Di rumah sebelah lelaki di Subang Jaya

Dec 07. Gadap & Adilla
Rumah di sebelah perempuan di Penang.


Alhamdulillah, mereka sudah pun dikurniakan cahaya mata.
-Ijol/Afzan: 2 org anak lelaki (Farish Danial & Imran Iskandar)
- Gadap/Adila : serg anak perempuan (Zara Jenna)

Happy for them.

Bukanlah aku bangga sangat jadi pengapit. Boring sebenarnya jadi tunggul ni.

Tapi aku menghargai nilai persahabatan mereka. Itu aje.




Part 2
Dimana aku ter'inspired'




-Solehah
- Jimat cermat
-ringan tulang
- disenangi orang
-berciri keibuan
-suka senyum
-memahamiku


Alhamdulillah

Isnin, 6 April 2009

15th – Sehalus sutera cina

1 . Jasmine, pelajar Form1 ku yg comel, menyatakan pada ku kalu bole dia ingin tuisyen setiap hari.


2. Alhamdulillah, buku revision Add Math untuk IQKL telah di distribute pada studentku setelah 2 bulan menunggu.


3. Rafik bersetuju untuk JV bersamaku. Aku akan mendisplinkan diriku sendiri dgn send satu lagu melalui email setiap minggu.


4. Akhirnya aku dan cikgu Zul sepakat untuk membuat profit-sharing tuition centre. Apa yang lebih menggembirakan aku tuisyen ini hanya fokus kepada Sains dan Math sahaja.

Memang impianku untuk menubuhkan Science & Math Private School.



Aku sedang menyediakan basic budget calculation untuk projek di atas.


5. Aku bejaya ketemui cara untuk mengurang serangan asma ketika berlari:- 2 puff seminit sebelum larian dimulakan.


6. Aku berjaya memperolehi Jadual Installment untuk Proton. Sedang berkira2 jua. Saga BLM, Savvy, Persona, Gen2, Waja, Perdana.
Ehm.. serasa aku lebih sukakan yang konteks sahaja.


7. Job March 2009 adalah yang ke-dua tertinggi dlm 2 tahun setengah, atau yang tertinggi dalam 15 bulan.


8. Estee mendapat A untuk Math nya. Dalam kelasnya hanya 2 org mendapat A.
Fatin juga mendapat markah tertinggi so far untuk dirinya. Alhamdulillah. (hi Estee)


9. Telah berdiscuss dgn Nan tentang arenjment lagu Counter Terrorist. SO far so gud.


10. Aku memandu mak ku balik kampung di Tangkak kerana atukku kurang sihat kerana sakit pinggang.


11. Dalam kemalasanku, aku berjaya juga menyemak kertas budak IQKL. Resultnya memuaskan dan aku percaya kebanyakkan mereka boleh dapat A1.


12. Minggu ini filem : Talentime



Arahan Yasmin Ahmad. ‘Scyncronizing imperfection beautifully’

This film really evokes my feeling. Nak tgok lagi next week.

Ada banyak scene yg aku sebak dan bergenang air mata.


13. Aku akhirnya basuh juga cadar, selimut dan sarung bantal setelah __ bulan tak basuh. Haha.


14. Aku belanja jamming anak buah aku; eddy & alan, bersama drummer Mior.
Aku benar2 enjoy kerana dpt berkarya sepuasnya. Dan aku berpendapat Mior adalah drummer yg hebat ; heavy & tight.


15. Im happy sebab tak pasal2 aku dpt extra income RM81.30. Hasil dari sales sebagai unit trust agent. Alhamdullilah.


16. Aku memulakan kembali ‘Buku Doa’, direquest oleh Athirah. Setelah hampir 6 bulan berhenti.


17. Murid tuisyenku di Tropika bertambah dari 3 menjadi 7 orang sekarang.


18. Ayahku memberi tahu nilai market value kereta ku adalah lebih daripada nilai scrap yg ditawarkan Proton.

Isnin, 30 Mac 2009

14th – Failure is our Best Product "Johnson & Johnson"

My Small Success for Last Week

1. Aku berjaya menjahit seluarku yang koyak pada bahagian kaki sebelah kiri.

2. Larian jogingku lebih pantas dan mencabar. Menyeronokkan. Minggu ini berjaya lari sejauh 6.6km (1.65km x 4).

3. Telah mengadakan meeting bersama Cikgu Bakar (owner Tuisyen Pragmatik TTDI) ; berkenaan Pusat Tuisyen di Sri Damansara, atau di Setia Alam

4. Joint-Venture dengan Cigu Zul lebih menyeronokkan ; Rent-in or Profit sharing Tuition Center.

5. Aku sedang berkira2 untuk JV dgn Rafik. Setiap lagu yang berjaya akan di arrenj oleh nya.

6. Aku akhirnya service kereta ku setelah 4 bulan tidak masuk workshop. Satu pencapain yg membanggakan bagi kereta ku. (ie dulu every month kena service, rosak sana-sini)

7. IQKL
• Aku berjaya membeli buku kerja untuk satu kelas
• Dalam kesibukkan ku (baca:kemalasanku), aku berjaya menyediakan kertas peperiksaan untuk mereka.


8. Student Perempuanku
• Sekumpulan student perempuanku di Sri Damansara menyatakan mereka benar2 enjoy kelas bersamaku. Malah mereka menyatakan mereka looking forward dan tidak sabar2 pada siang hari ketika di sekolah untuk tuisyen di malam hari. Thank U girls.
• Mimi : juga menyatakan untuk tuisyen 2 kali seminggu semata2 kerana seronok kelas besamaku.


9. Aku berjaya meneruskan rekreasi seni ku; menonton wayang sorang2 pada pukul 11 pagi Rabu. Kali ini movie : The International.

10. Result Exam ( Add Math)
• Kathyrina ; Satu-satunya student India ku. Setelah 3 bulan kelas bersamaku, dia memperolehi 78% (A) untuk Add Math nya. Result sebelum ini – tak pernah lulus.
• Faruq ; Mendapat markah 68% dlm peperiksaan sulungya. Hanya 7 org lulus dan dia ranking ke-3 dlm kelasnya
• Zikri ; memperolehi markah tertinggi dlm hidupnya ; 88%. Among highest dlm sekolah nya. Result sebelum ini ; cukup makan 40%.
Alhamdullilah.



11. Aku berjaya merungkai masalah writers block ku. Selama ini, bila bermain instrument, gitar atau piano, aku tend to ‘tengok’ apa yang jari aku buat, tanpa memberikan perhatian kepada ‘bunyi’. Aku terlalu calculative dgn jari-jemariku.

Tapi kini, bile aku bermain intrument tanpa melihat jari-jemariku, ilham yg timbul lebih natural. pure dan flow.

Seperti orang buta bermain muzik.

Dengan menggunakan Sony ICD-B600, aku bersedia untuk merakamkan ilham2 baru ku Insya- Allah.



12. Gig TuLang
• Dede – mengajak TuLanG untuk perform di UM. Tapi Ken berada di Thailand.
• Jasman – kenalan baruku ini memperkenalkan aku pada Reza Saleh, seorang penganjur Gig terkenal.



13. Aku menetapkan harga baru tuisyen ku berkuat kuasa April 1 2009;
2 jam : RM90
1.5jam : RM70

Aku diberi tahu oleh Cikgu Bakar yang rate aku sebenarnya murah. Ade yg charge sehingga RM140 untuk 2 jam. Mahal giler babi.



14. Aku berjaya merakamkan lagu baruku (E-G#m) di Cubase.


15. Eddie (studentku) menyatakan kesedian untuk bermain gitar lead part shredding untuk lagu metal ku ‘ Counter Terrorist’.


16. Aku sedang berkira2 untuk membeli kereta baru. Proton aje.

17. International Tuisyen Centre.
Pengiraan dan budget telah dimulakan

18. Aku berjaya ‘track back’ deposit duitku ke dlm bank sejak Nov 2006. Ini untuk tujuan pengesahan bank untuk tujuan pinjaman.

19. Aku berjaya convince Zikri untuk menulis ‘Small Success’ untuk dirinya sebagai satu cara untuk mengurangkan masalah/stress dlm keluarga.

20. Aku berjaya menemui Hairiza di Facebook.

Isnin, 23 Mac 2009

13th : Any Success/Breaktrough is the End of the Beginning, Not the Beginning of the End

Celebrating Small Success

Ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk (nak menunjuk2 ape kalu success itu small). Ini lebih kepada mensyukuri dan menghargai hari-hari 'biasa' ku.

Dan untuk meng'attract' kejayaan yang lebih besar dan bermakna dan besar Insya-Allah. Amin,


Small Success sepanjang minggu.

1.Tuition job mingguanku mencapai rekod baru (43jam): tertinggi dlm 4 tahun.

2. Kewanganku mencapai rekod teringgi dlm 4 tahun.

3. Masih dlm peringkat perbincangan untuk menubuhkan pusat Matematik pada 1 Jan 2010 di KOta Dsara.

4. Cikgu Bakar dan Cikgu Zul, kedua-duanya punyai pusat tuition yang berjaya, menyatakan hasrat untuk Joint-venture dgnku.

5. Aku punyai student baru yang cukup menyenangkan dan manis; Syazwani.

6. Ada seorang gadis comel ingin membuat cheese cake untukku.

7. Gitar brand 'Al-Hambra' (buatan hand made dr Spain) yg berharga RM3k++ milik Tasya(adik Ken/Jaja), dlm pinjamanku untuk menginspirasikan dlm penghasilan karyaku.
Komen : Sound sedap nak mampos!

8. Sahabat zaman sekolahku, Lee Hao Zhong, telah bersusah payah mewujudkan 'Fan Page ; TuLanG' di Facebook. Aku sungguh terharu. Thanx Fox Mulder

9. Sambut birthday mak pada Mac 18. Menantu kesayangan mak, Khalis Amali belikan cheese cake yg bertulis 'Queen of Our Heart'
How true..

10. Aku sudah buat keputusan. Ia bukan 50:50. Bukan 80:20. Bukan 20:80. Bukan 60:40. Bukan 40:60. BUkan 30:70. BUkan 70:30 . BUkan, BUkan!

Ianya 110:110.

Music dan Education.

Selasa, 17 Mac 2009

12th - Celebrating Small Success

1- Dapat Job dari Uncle Chening.

2- Memulakan rakaman demo 'Counter Terrorist'

3- Qoute dari Megat Fareto ; "Cayalah album kau beb!Ari2 aku pasang kat cd kete aku.Lg sebulan confirm hafal lirik! Kalau kau buat konsert sure aku datang nyer! Yg kureng pasal album kau pasal 5 lagu jer...x puas aaaaaaa......"

4- Simpanan Unit Trust ku sudah meningkat ke angka yg 'tak lah banyak tapi mengejutkan'. Sikit2 lame2 jadi bukit.

5- Aku antar mak aku gi kerja di KL setiap hari dalam minggu ini kerana keretanya rosak kerana eksiden.

6 - SPM- Add Math
Student2 ku yg mencapai keputusan membanggakan. Alhamdullilah.

SPM 2008 - Add Math
John Gan : A1
Anati Ajeerah : A1
HIfzi Hashim : A1
Intan Nurdiana : A1
Syarfiqah : A1
Athiqah Z : A1
Siti Fatimah : A1
Nasuha : A2
Nurfadhilah Husin : A2
Jeffriyah : B3
Syafiq : B3
Mira : B3

SPM 2007 - Add Math

Nadzmi Zubaidi : A1
Ku Azlan : A2
Haizad : B3


Visionku kini adalah untuk menyewa satu bilik untuk ku mulakan operasi 'Add MAth' ku. Sewa sekitar RM200-300 menjadi pilihanku. Amin.

Selasa, 10 Mac 2009

11th : Success is going from failure to failure without no loss enthusiasm - Winston Churchil

Kelemahan aku yang utama ialah aku mudah berputus asa.

Sebenarnya berputus asa adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan

It's no brainer.

Go on needs courage.

Definasi berjaya bagiku ialah 'orang yang meneruskan perjuangan dalam menghadapi siri-siri kegagalan (atau mungkin, siri-siri kejayaan).

Tapi bak kata Bill Gates , 'success is good, but failure is a better teacher'.

Usah terlalu beremosi ketika meraikan kejayaan, atau menangisi kegagalan.

Rilek aje.



Kematian

Ini mungkin pendapat yang radikal. Kematian bagiku hanyalah noktah kecil di penghujung ayat.

NOktah tidaklah sepenting isi makna ayat tersebut.



Karya Seni

Adalah lebih mudah bagiku untuk berkarya atas nama seni itu sendiri.

BUkan menghambakan pada sebarang objektif dan material semata.

Seni sepatutnya umpama pokok yang tumbuh dan membesar secara semulajadi.



Falsafah


For every masterpiece creation, the creator itself IS the masterpiece creation.

Khamis, 5 Mac 2009

Dari Yah - Tag – 25 random things about me

1-Secara jujur, aku rasa tulis tag ini tidak berfaedah dan membuang masa.

2-Aku ingin membeli set mainan Dinobots (Transformers)

3-Hidup aku bahagia walaupun aku tiada harta dan rupa.

4-Aku percaya semua wanita dilahirkan sebagai bidadari.

5-Aku seorang yang pandai ‘mengayat’

6-Aku tak tahu mengapa, semakin hari ku merasakan aku semakin muda, macam Benjamin Button.

7-Aku ingin berkahwin dengan orang Trengganu semata-mata kerana ‘boleh balik kampung main gitar tepi pantai’.

8-Heliza! Aku cinta padamu!

9-Cita-citaku ketika 8 tahun : ingin bekerja di Amerika Syarikat sebagai pereka cipta robot Transformers.

10-Aku pandai masak air dan nasi sahaja.

11-Magee pon tak berapa nak jadik.

12-Aku rasa ‘menyakat adik beradik’ adalah satu nikmat hidup yang tidak ternilai.

13- Huish. Banyak lagi nak kena tulis ni.

14-Kalau aku Ultraman, akan aku ukur ketinggianku dengan KLCC.

15-Aku hairan mengapa Donald Duck hanya memakai topi dan baju tetapi tidak seluar.

16-Alang2 tulis la wasiat : Kalu aku mati, aku ingin menderma organ2ku yang masih OK kepada mereka yang memerlukan.

17-Serius aku tak main-main ni.

18-Aku berpendapat M Nasir berhak mendapat gelaran Datuk.

19-Aku tidak menyokong mana2 pihak; cuma aku berpendapat Sultan Azlan Shah dapat menunjukkan ‘keadilan dan saksama’nya dengan membubar DUN Perak supaya pilihanraya negeri boleh diadakan semula.

20-Aku enjoy tengok wayang sorang2 pada pukul 11 pagi hari Rabu.

21-Aku tidak berpihak mana2 ; aku berpendapat sampai bilapon Chelsea tidak akan dapat menyaingi MU selagi adanya sikap gopoh dan ambitious yang tidak terkawal itu.

22-Sesat ketika memandu adalah aktiviti yang ku enjoy.

23-Salah satu bakat anugerah Tuhan padaku ; Aku boleh memandu kereta sambil tidur di Lebuhraya Plus dan Lebuhraya KL-Kuantan sahaja.

24-Aku wonder adakah orang Belanda tahu yang kita panggil mereka ‘orang Belanda’?

25-Aku berpendapat sesiapa yang membaca Notes ini juga membuang masa secara efektif sekali.

Sekian Trimakasih.

Selasa, 3 Mac 2009

10 th : Please vote our song 'Darah' by TuLanG at http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp.

Music

Every fortnightly, I will record my new composition into Cubase.

And at least one studio production a month.

Check out : http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3150




Faith

What is faith? Is our destiny are all pre-determined? If that so, are we capable of re-write it?

Philosophically, I always prefer to believe as it never written beforehand. I want to believe as if I am the one who write my own destiny.

Is that possible?

I donno.

Im honestly donno.

I think, FAITH is the answer.


.......................................................


Faith. What is faith?

I donno how to answer it either. But I know one way to measure it :

The ability to get up in every fall

What's ur opinion?