Rabu, 22 Mei 2013

Projek 10 Tahun

Lepak dengan abang Adi dari Dream Music tengahari tadi. Nak buat Caller Ring Tone (CRT) katanya. Untuk juara Sajakiri-Vokal. Salah seorang dalam timnya adalah Panjang (nama gelaran), PR kepada band indie terkenal, Hujan. Diakhir pertemuan kami tadi, dia ada mengatakan sesuatu yang menginspirasikan ku.

Noh (Hujan) kalau bersara sekarang pun dah boleh. Kerana royalti (MACP) lagunya yang banyak dan lumayan. (Bukan kerana ayah mertuanya yang berstatus bilionair).

Ini kerana Noh adalah komposer utama dalam bandnya, dan dia banyak mencipta lagu hit. Itulah persamaan kami ; komposer!

Inilah cita-citaku, dalam (sekurang-kurangnya) 10 tahun lagi, aku ingin mencapai kebebasan kewangan, dengan memperolehi royalti melebihi perbelanjaanku. Amin!

Hak Cipta

Berbalik kepada pertemuan saya dengan abang Adi tadi, dia menerangkan kepadaku 3 jenis hakcipta;

  1. hakcipta sebagai pencipta lagu dan penulis lirik : royalti MACP
  2. hakcipta sebagai pemilik rakaman : pendapatan dari CRT, jualan dan sebagainya
  3. hakcipta sebagai penyanyi/artis : pendapatan dai persembahan.
Dalam penerbitan Sajakiri, saya memegang hakcipta 1 dan 2. Inilah untungnya jika berkebolehan mencipta lagu dan berminat dalam penerbitan muzik!


CRT

Dengan hanya memengang hakmilik sebagai pemilik rakaman (2), saya layak untuk mendapat pendapatan daripada CRT tadi.

Jadi, kesimpulannya, apa yang saya buat dengan Sajakiri Vokal sudah betul, cuma kena lebih produktif.


Bagaimana untuk jadi lebih produktif?

Idea kasar - jadikan semua finalis berlumba, dan siapa yang paling banyak views dan like dalam YouTube pada penghujung bulan, akan diisytiharkan pemenang. Dan finalis selebihnya tadi boleh meneruskan perlumbaan (asalkan lagu mereka belum menang).

Pada masa yang sama, ujibakat akan dijalankan, dan finalis baru boleh menyertai pada bila-bila masa. Bagus ke idea ini?

Pro
  • memberi peluang kepada finalis lain untuk menang.
  • tidak perlu mencari finalis lain dengan agresif.

Kontra
  • tiada hada untuk UjiBakat, mungkin tiada urgensi.
  • tiada kesegaran kerana kebanyakkan finalis sama yang bertanding.

Saya perlukan masa untuk memikirkannya.


Khamis, 16 Mei 2013

Jangkamasa Panjang

Tup-tup. Tetiba terasa ingin menulis di blog bersawang ini. Macam ada 'sudden clarity'. di sini.

Aku akui, pendapatan hasil daripada karier tutor adalah sangat mewah ketika bujang dulu. Tapi hanyalah cukup-cukup makan ketika sudah berkahwin dan punyai anak. Ini baru seorang. Kalau bertambah?

Aku sebagai ketua keluarga harus memikirkan bagaimana untuk bersedia.

Alhamdulillah. Aku sudah punyai pusat tuisyen sendiri, Pulau Ilmu (menengah). Walaupun keuntungannya tidak banyak mana, tapi jika kita pandai menguruskan kewangannya, insyallah ia boleh berkembang. Nasibaiklah juga aku mengambil jurusan pengakaunan. Bolehlah sedikit sebanyak menguruskannya.

Tentang Sajakiri Music, masih terumbang-ambing. Walaupun usahaku menganjurkan Sajakiri Vokal ada nampak hasilnya, tapi pengaliran tunai masih tiada. Aku mempunyai dilema, samada mahu meneruskannya, atau menggantikannya dengan projek terbaru, Sajakiri Vokal Bida (dimana mereka yang berminat merakamkan lagu ciptaanku boleh 'membida' sebarang harga).

Adakah langkah ini baik?

Saya teringatkan kata kawan baik ku, JD, mereka yang benar-benar buat duit untuk jangka-masa panjang adalah komposer. Ini kerana selagi lagu mereka diputarkan di radio, selagi itulah mereka akan meraih royalti. Pendapatan pasif namanya. Menarik bukan?

Jika begitu, mengapa saya tidak fokus kepada ini sejak dulu lagi?

  • kerana tiada pendapatan jangka masa pendek (saya inginkan tunai segera!)
  • kerana harus terlibat dalam promosi (saya malas turun padang), atau bekerjasama dengan PR.
  • saya tidak yakin dengan karya saya.
Oleh kerana itulah saya berasa 'buang masa' dan 'rugi' mengajurkan Sajakiri Vokal. Walaupun saya berjaya mencungkil bakat besar anak muda seperti Mamat dan SIR.

Atau mungkinkah saya tidak fikir jauh?

Saya harus sedar saya adalah komposer. Jadi pendapatan utama saya seharusnya datang dalam bentuk royalti, bukan penerbitan semata.

Kalau begitu, Sajakiri Vokal adalah baik. Saya perlukan 'follow-up' selepas mereka memenanginya.

Analogi rumah : jangan terlalu fokus pada pendapatan sewa semata, fikirkan juga tentang 'kenaikkan' harga rumah juga.




Hampir 30,000 views.

Isnin, 6 Mei 2013

Lama Sungguh Tidak Kemaskini Blog Ini.


  1. Kali terakhir saya kemas kini blog ini adalah pada 3 bulan lepas.
  2. Saya mula malas menulis blog selepas saya semakin rajin menghasilkan karya muzik yang terbaru. Macam semua idea kreatif saya mengalir ke muzik, bukan untuk menulis lagi.
  3. Juga saya semakin sibuk dengan famili. Jikalau ada masa terluang pun, saya akan fokus pada muzik.
  4. Apatah lagi cara saya menulis sangat rumit ; tulis tangan di buku sebelum taip kembali di sini. Sangat leceh.
  5. Saya masih tiada idea untuk menulis. Saja nak eksperimen dengan penulisan terus menggunakan 'titik peluru' sebegini.
  6. Saya berniat untuk kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali, atau paling kerap, 2 minggu sekali.
  7. Anak saya, masuk bulan depan (Jun) 19 haribulan, akan berusia 1 tahun. Sungguh cepat masa berlalu.
  8. Semalam baru habis Pilihanraya Umum ke 13, saya sebagai penyokong PR agak berpuas hati dengan peningkatan undi secara keseluruhan.
  9. Dari segi muzik, saya masih dalam proses adunan (mix) lagu Mawarni, nyanyian juara Sajakiri Vokal Musim Kedua, Safwan Idham Ramlan.
  10. Juga masih saya memikirkan apa yang harus saya kemaskini dalam blog sajakiri.com.

Selasa, 29 Januari 2013

Naik Pangkat

Bukan dari segi kerjaya. Tapi dari segi generasi. Aku kehilangan 2 datuk dalamasa selang 8 bulan. Semestinya selain sedih, rasa janggal dan kekok atas kehilangan mereka. Kerana aku selalu berasa mereka 'hidup selamanya'.

Dan pada masa yang sama, aku mendapat anak perempuan 7 bulan, juga selang dalam tempoh 8 bulan tesebut.

Lalu aku naik pangkat dari generasi cucu ke generasi ibubapa. Ibubapaku pula naik ke generasi datuk nenek.

Begitulah kehidupan. Kematian dan kelahiran silih berganti.

Aku juga, sikit lagi akan memasuki pertengahan 30-an, walaupun aku selalu berasa awal 20-an setiap masa. Ibubapaku pula, lagi 10 tahun akan berusia 70 tahun.


Apa yang aku belajar setakat ini.


1 - Orang lebih ingat apa yang kita beri, daripada apa yang kita dapat.
Contoh, orang lebih mengingati karya P Ramlee, berbanding apa yang beliau terima sepanjang hidupnya.

Lebih peribadi, aku selalu ingat datuk ku (sebelah bapa) membelikan etak, kegemaranku, walaupun sudah penat menunggu seharian (dia pemandu teksi), kira-kira 2 bulan sebelum pemergiannya.

Juga doa dan harapan datuk (sebelah ibu) agar aku berkahwin sebelum pemergiannya. Kerap tanya dan follow up denganku "dah ada ke belum", sampai ke satu tahap aku terpaksa berbohong kepadanya untuk menyedapkan hatinya. 

Mungkin doa nya juga yang aku berjumpa jodohku. Wallahukhalam.


2 - Apa orang lain fikir adalah tidak relevan
Mengikut rutin dan dogma yang telah disetkan oleh masyarakat secara membuta tuli adalah kebodohan. Sebenarnya, di alam dewasa ini, baru aku mengerti : takde orang kisah sebenarnya! 

Kerana akhirnya, kita sendiri yang tahu sendiri adakah kita sendiri yang dengar kata hati sendiri. Tiada siapa yang tahu. Dan tiada siapa yang peduli kecuali diri sendiri.

Tak perlu fikirkan sangat pandangan orang lain, atau berbuat sesuatu kerana ingin 'menyedapkan' hati orang lain, jika ia bertentangan dengan kemahuan kita.


3. Hidup ini akan lebih bernilai dan bermakna jika kita bersyukur secara konsisten. Bersyukur, seperti solat, harus dilakukan secara istiqamah dan displin. Insyallah hidup kita akan serta merta menjadi indah, dan selalu bernasibaik. 

Tapi aktiviti bersyukur ini 'under rated', tidak ramai yang melakukannya. Bagiku, cukup dengan hanya menulis 5 syukur setiap hari di buku.


Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukuplah setakat ini dulu. Masih dalam mood berkabung. Silalah sedekahkan Al-fatihah pada datuk dan nenek saya. Terimakasih.



Isnin, 21 Januari 2013

Tiga Kali Liang Lahad

Pertama : 2 Jan 2005 9 pagi. Pengebumian nenek sebelah ibuku di Tangkak, Johor. Aku bersama Apet (Fadhli:sepupu), dan seorang lagi (yang berpengalaman) turun ke liang lahad untuk menyambut jenazah.

Sebenarnya, aku begitu takut sebenarnya untuk turun. Tapi disuruh-paksa oleh Pak Long ku (dari Singapura). Katanya berkat jika cucu sendiri yang turun.


Kedua : 25 Mei 2012 8.30 malam. Pengebumian datuk sebelah ayah ku pula, di Pasir Mas Kelantan. Pengebumian berlangsung malam selepas maghrib, bersama hujan renyai, dan gelap, agak mencabar bagiku. Tapi aku gagahkan juga untuk turun. Kali ini bersama Uda, (Syamsul:ayah saudaraku).


Ketiga : Yang terbaru, 18 Januari 2013 3.30 petang. Pengebumian datuk sebelah ibuku pula, di Tangkak. Kali ini turun bersama Ais (Mukhriz:sepupuku).


Apa Yang Aku Belajar


  • Liang lahad adalah tinggi satu kaki lebih dari ketinggiannku.
  • Apabila menyambut jenazah, tangan kanan di bawah, tangan kiri di atas.
  • Jenazah diletakkan mengiring, wajah menghadap kiblat.
  • Perasaan takut langsung tidak ada. Yang ada perasaan kasih, insaf dan syukur. Hasilnya sungguh menenangkan.
  • Mencangkul tanah nampak mudah. Tapi sungguh memenatkan.

Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan peluang ini. Sewaktu berada di dalamnya, saya terfikir 'masa aku pun tak lah lama sangat lagi'. Tapi ia sungguh pasti. Adakah kita sudah bersedia?

Minta pembaca sedekahkan Alfatihah kepada datuk (Daing Ibrahim dan Che Soh), dan nenekku (Raja Zabedah). Alfatihah.



Khamis, 17 Januari 2013

102 - Crowd Funding

Saya masih lagi memerah idea, bagaimana untuk membantu penyanyi merakamkan lagu ciptaan saya. Tiba-tiba, sebelum tidur saya mendapat satu idea liar : crowdfunding.

Ini mensasarkan projek dibiayai oleh pihak ketiga, seperti peminat tegar, keluarga ataupun sahabat handai. Saya terjumpa laman web ini : Pledge Music yang mesra pengguna, memahami kehendak dan fokus kepada muzik. Cantik sekali.



Sajakiri sebagai label

Dari sini, saya boleh bertindak sebagai label yang membantu penyanyi melahirkan single rasmi. Bukan saja fokus kepada penerbitan muzik semata, tapi juga kepada pakejing dan promosi. Oleh kerana ini, saya harus berurusan dengan A&R.



Medan Penguji

Disamping itu juga, saya akan berikan penyanyi ini tempoh sehingga 3 bulan untuk mencari penaja projek. Jika mereka berjaya, ini tandanya mereka ada kesungguhan, sekaligus potensi untuk berjaya lebih cerah. Jika tidak berjaya, pun takpe, segala tajaan tidak akan dicaj.



Apa tanggungjawab saya

Sebagai ketua projek, saya harus mengawasi segalanya. Bukan itu saja, saya juga harus cipta lagu komersial yang sedap untuk dijadikan single.



Peluang untuk artis

Tunai merupakan nadi. Sekarang baru saya nampak jalannya. Tapi keraguan tetap ada. Bagaimana jika saya tidak berjaya? Perlukah saya buka ciptaan untuk orang lain? Atau perlukah saya fokus kepada ciptaan saya semata? Berapa banyak artis yang saya perlu setiap bulan? Berapa kos saya? 


Perjalanan masih jauh. Saya masih memikirkannya dari segenap segi. Ia tidak mudah, tapi semestinya berbaloi. Saya harus punyai flow yang sistematik.

Rabu, 16 Januari 2013

101 - Daripada Komposer Untuk Penyanyi

Terimakasih kepada Derek, penulis blog tentang artikel ini. Saya tidak sangka persoalanan saya selama ini terjawap pagi ini.

Saya sering berasa keliru tentang siapa sasaran blog sajakiri.com, samada komposer lain, jurutera muzik, peminat, atau penyanyi. Jawapannya sebenarnya mudah. Siapakah bakal klien saya?

Penyanyi
Jadi selepas ini blog saya harus mengenai penyanyi; tips, inspirasi, berita dan temuramah. Barulah saya boleh memikat mereka dengan karya saya. Tidak kira dengan harga servis pun!

Masyallah, buta betul saya selama ini. Harus hati2 kerana ia sangat dekat dengan peminat hiburan semata. Ini untuk penyanyi serius sahaja.

Ok, apa yang harus saya lakukan?

  1. kumpul email mereka
  2. Finalkan servis saya
  3. kemaskini blog 2 minggu sekali
  4. demo baru setiap 2 minggu
  5. wujudkan fan page baru (mungkin)

Apa harapan saya?
  1. supaya saya boleh mengajak mereka ini merakam lagu ciptaan saya.
  2. menjadi affliate untuk mereka yang menjual produk berkaitan dengn penyanyi
  3. temuramah penyanyi ternama, sambil mempromosikan ciptaan saya kepada mereka
  4. menjemput penulis jemputan untuk menulis di sini
  5. kursus nyanyian?

Bagaimana evolusi Sajakiri Music

Kami akan mempunyai pengkalan data penyanyi. Dan mudah untuk memasarkan ciptaan sya kepada mereka.

Adakah hanya ciptaan saya? Apa kesannya? Bagaimana jika mereka ada ciptaan sendiri? Ini yang harus saya telitikan. Bagaimana jika ya?

Tapi, jika ia beri saya pendapatan, apa salahnya? Ok, tapi ini bukanlah fokus saya. Yang penting saya mempunyai hak eksklusif untuk menjadi penerbit lagu saya sendiri.




Selasa, 15 Januari 2013

100 - Ringkas Adalah Cantik

Ini entri ke-100, diharap mencapai konklusi di sini.

Selesai mandi tadi, saya teringat kata-kata Steve Jobs, ketika join kembali dalam Apple. Perkara pertama yang dilakukan beliau adalah memberhentikan aktiviti yang tidak membuat Apple hebat, dan fokus kepada beberapa produk yang hebat saja. 

Dari sini saya mendapat konklusi mudah. Cukup dengan hanya 2 aktiviti : Demo Tersusun dan Temuramah. Masing2 sekali sebulan. Itu saja.

Tapi, bagaimana dengan Sajakiri Vokal? Sebenarnya tujuan saya membuat SV adalah keinginan saya untuk bekerja dalam studio. Kalau begitu, fokus saya sepatutnya mencari klien sebenar untuk rakaman di dalam studio.

Produk dan Pemasaran 


Produk
Menghasilkan demo ringkas, tapi tersusun dan kemas. Cukup sebukan sekali. Tapi, bukankah saya perlu memperbanyakkannya? Seminggu satu ke? Oklah, demo ringkas tapi tersusun. Tidak perlu idelalistik sangat. Itu kerja arenjer. Jadi sebulan bolehlah letakkan 2 buah demo sahaja.



Pemasaran
Bertemu mentor, atau tokoh muzik tempatan. Editkan temuramaha menjadi 20 minit. BEri mereka CD yang sarat dengan ciptaan saya. Itu saja.



Blogpost
Cukup yang utama 2 minggu sekali. Satu mengenai demo, dan satu mengenai temuramaha. Upkan dalam status Sajakiri. Cukup dengan RM20 seminggu. Mudah bukan?


Wah, clearnya sekarang. 'Simplicity is Beautiful'. Servis boleh diteruskan yang produser itu.

Saya perlu inkubasi dalam sehari dua, adakah idea ini terbaik. Sama2lah kita nantikan. Dnan memang rasa ringan kepala hotak! 

Alhamdulillah.

Khamis, 10 Januari 2013

99 - Katakan Saya Seorang Mentor Yang Berjaya

Katakan, seorang komposer muda berjumpa dengan saya untuk meminta nasihat. Namanya Abu. Abu seorang yang berbakat, menyimpan beratus ciptaannya dalam soundcloud.com. Abu meminta nasihat saya 'bagaimana untuk breakthrough' dan berjaya dalam bidang muzik. Apa yang akan saya katakan?


  1. Teruskan berkarya. Kena ada displin untuk berkarya. Fokus kepada penciptaan semata. Jangan buat benda lain.
  2. Berjumpa dengan mentor, dan belajar dari mereka.
  3. Pergi ke perjumpaan sesama komposer, pemuzik, penyanyi untuk meluaskan pergaulan dan pendedahan.
  4. Sekali-sekala, buat pertandingan nyanyian ciptaan secara online.
  5. Usah fokus pada upah penerbitan, tapi lebih kepada kutipan CRT, dan royalti.

Wah, adakah saya fokus pada tempat yang salah?


Revert ke Ringkas

Bagaimana jika saya ingin ringkaskan aktiviti saya hanya kepada 2 : Demo Kasar setiap minggu, 1 termuramah setiap bulan. Bagaimanakah itu?

Beri saja CD kesemua lagu demo saya kepada mereka. Itu saja.

Perlukah SV dijalankan?

Rasanya apa salahnya jika ia dijalankan kembali. Kekerapan 3 bulan sekali. Ini lebih kepada konsep suka-suka, dan bukannya core.

Ringkasan Demo Kasar : 2 minggu sekali.
Temuramah : Sebulan sekali

Sajakiri Vokal : kejap, adakah ini bermaksud saya harus membuat demo yang cantik? Bagaimana jika demo hanya sebulan sekali? Kalau SV ditiadakan? Elok juga. Adakah saya akan merinduinya? Adakah ianya penting? Lebih kepada keinginan untuk penjenamaan. Bagaimana?

Jauh di sudut hati, terasa nak. OK. Bagaimana jika buat Demo Tersusun? Ok juga sebenarnya, jijka sebulan sekali. Tapi sayanglah Songfactory?

98 - Muhsin

Saya terpanggil untuk menulis tentang Muhsin kerana mendengarkan lagu nyanyiannya. Saya sukakan suaranya yang matang dan macho walaupun usianya muda. Tiba-tiba rasa rindu untuk membuat projek bersamanya.



Demo

Saya ada terfikir untuk mengupah Muhsin menyanyikan demo saya, supaya ia kedengaran lebih sedap dan profesional. Tapi, perlukah? Saya pun tidak pasti. Mungkin dari segi kepuasan kerana dapat berkarya dengan sebaiknya.




Bayangkan
Ok, cubayangkan demo saya dibawah nyanyiannya. Apa bezanya? Adakah saya masih mahu menjual lagu? Adakah dengan vokalnya, ia lebih boleh menarik ramai orang? Saya tidak pasti. Perlukah demo yang terlalu sedap? Bagaimanakah perasaan saya? Adakah ia membuatkan saya boleh caj dengan lebih mahal? Apakah strategi saya? Apakah tujuan saya yang sebenar? Bagaimana jika tiada beeza?


Secara jujurnya, rasanya tidak perlu. Ini hanya untuk kepuasan diri sendiri.

Bagaimana jika tiada apa yang berubah? Mengapa sukar sangat saya meraih pendapatan melalui muzik, walaupun dengan harga RM250?

Bagaimana jika revert ke asal, fokus kepada pembuatan demo berkualiti, dana temuramahah sebulan sekali. Dah, cukup. Usah fikirkan sangat tentang pendapatan.

Tapi, bagaimanakah jika rumah ini dijual, dan saya tidak bersedia? Hati saya berkenan dengan cara ini, tapi tidak otak saya. Tapi jika saya 'mengelabahkan' caj pun, dapatkah kumpul RM40,000? Selama ini pun hidup saya 'fall into places', dengan hanya bersyukur sahaja. Perlukah saya relaks saja seperti biasa? Inilah konfliknya.