Salam
• Ketika ini aku perlukan masa untuk berfikir. Segala-galanya tampak seperti sudah bersedia. Hanya menantikan execution. Aku tidak boleh lagi hidup dalam masa yang perlahan, atau keadaan yang terlalu selesa. Otak mati. Hidup ini bukan untuk menjadi selesa semata. Hidup adalah satu growth yang dinamik.
• Aku perlukan membeli CD-CD yang pelik untuk mengembangkan lagi horizion seni muzikku. Lagi pelik lagi bagus.
• Aku mula bercita-cita untuk mengasaskan intitusi pengajian sains peringkat menengah. Untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan sains dalam negara ini. Mungkin juga berteraskan agama. Melahirkan lebih ramai Ibnu-Sina, Ar-Razi, atau Al-Khwarizmi. Bukan sains semata. Tapi falsafah sains. Amin
• Aku masih bercita-cita tinggi dalam bidang muzik. Aku ingin karyaku dimainkan di Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) dengan lagu-lagu di nyanyikan oleh pelbagai penyanyi yang terbilang di rantau ini. Amin
• Back to earth : Ketika ini aku sedang memikirkan format “Add Math Programme” ciptaanku untuk dijual ke seluruh negara Insya-Allah. Untuk membantu para murid untuk mencapai kegemilangan dalam bidang matematik dan sains.
• Dan juga TuLanG:Ep1.5 juga baru di hantar untuk printing dan CD stamping, minggu lepas. Insya-Allah siap di hujung minggu ini.
• Muzik vs Matematik. Art vs Logic. Right Brain vs Left Brain. Yin & Yang. Aku perlukan kedua-duanya dalam hidup aku. Aku tak boleh tinggalkan salah satu dan hanya buat yg satu sahaja. Pincang jadinya. Ia harus bergerak simultaneously. Inilah Core ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan