Isnin, 27 Disember 2010

Mati

Salam

Aku paling dekat dengan kematian pada September 2003. Doktor Rahim mengesahkan yang aku menghidap pneumia selama 4 minggu tanpa rawatan (ku sangka demam biasa), dan merebak menjadi lung abscess, atau paru-paru bernanah.

Dr Rahim cakap nyawa aku di hujung tanduk sahaja, sebelum nanah itu pecah, dan membawa kuman ke seluruh badan.

Aku dimasukkan di ICU (Tawakal Jln Pahang) selama 4 hari, dan 10 hari di wad biasa.

Ketika di dalam ICU, disebalik kesengsaraan fizikalku, aku sebenarnya agak tenang. Aku benar-benar pasrah sekiranya Tuhan ingin mengambil nyawaku.

Senyap. Bagai malaikat lalu.

.............................................................................................

Bagiku, mati adalah sesuatu yang pasti. Oleh kerana itu, kita harus memandangnya dari sudut positif. Ia haruslah diraikan. Disebalik kesedihan, kita patut mengenang kehadirannya, jasa dan sumbangannya, dan segala kenangan manis dan pahit bersama, dengan rasa penuh syukur.


Bagiku itu cara terbaik untuk kita untuk kita meneruskan hidup ; Supaya kita akan tersenyum lagi.


.......................................................................................................

Sabda Nabi Muhammad (SAW) ; "Sebijak-bijak manusia adalah mereka yang mengingati mati"



Isnin, 20 Disember 2010

Dekad

Salam

Apa yang aku buat 10 tahun lepas ya?

Dec 2000 : aku sedang menduduki Module E ACCA di KYPM Cheras, Tingkat 5. Alhamdulillah, aku diantara 10% yang lulus. Resultnya 2 bulan kemudian, diumum via email oleh pihak ACCA.

Aku mengetahuinya pada pukul 2 pagi, lantas terus bagitau mak, dan kami hug each other.

Sweet kan.

Pastu, di kolej, ada kawan sekelas ku, Ayu mengajak aku minum kerana dia sudah berjanji pada ku untuk membelanjaku kalau dia pass exam. Aku ok aje (padahal aku tak ingat pun). Kita pun dating ke Mid Valley (kalu tak silap) dengan kereta sport MR2 (1984) merah milik ayahku. (yeay!)

..................................................................................................................

20 tahun lepas

Dec 1990 : Aku baru hendak ke darjah 6, bersunat ketika cuti akhir penggal. Bersunat dengan Dr Zulkiflee Laidin (coincidently, ayah Jaja), di klinik Family (dulu nama klinik tu Nordiah & Zul) di TTDI.

Masa tuh tengah top cerita Crime Story, yang lagu temanya lagu ni:




Abah aku bubuh TV dalam bilikku. Masa tuh aku beli buku ni untuk teman kan aku:




Mak aku suruh aku rendamkan 'anu'ku dalam air garam , supaya cepat sembuh. Alhamdullilah seminggu lepas tuh dah boleh pakai seluar.

............................................................................................................................................

30 tahun lepas

Dec 1980 : Serius tak ingat apa-apa dowh.

Isnin, 13 Disember 2010

Metallica


Salam.


Pertama kali gua dengar Metallica masa gua Form 3, lagu "Enter Sandman". Catchy, tapi taklah heavy sgt.

Pastu setahun lepas tu gua pergi rumah Jaja. Dia main gitar plucking lagu "The Call of Ktulu". Memang menarik chord progression nya. Pastu dia bagi gua dengar lagu "Fight Fire with Fire", lagu thrash. Ha! mcm ni la wa suka. Drum marching (mcm punk) dgn heavy riff & double pedal.

Pastu Uda introduce gua punya all-time-favourite, album "Master of Puppets". Ingat lagi beli kasetnya di Kota Bharu, Kelantan.

Lepas tuh barulah band gua masa tuh, FOREO, start main lagu2 Metallica. "Master of Puppets", "For Whom The Bell Tolls", "Enter Sandman", "Fade to Black", "Harvester of Sorrow", "One" kitorang main. Memang improve drastically jugak skill kitorang bila main lagu2 ni. Akupun blajar shredding dari sini la.

Sebelum ni banyak main lagu2 rock kapak & Nirvana aje. Favourite kitorang "Untukmu Selamanya "(Visa) dan "Bayangan Gurauan" (Mega).



Sampai sekarang gua layan Metallica. Satu perkara yang gua salute pasal Metallica ni diorang always dare to do something new everytime. Contoh:-
  • Masa belum famous sangat : Mula main lagu Ballad ("Fade to Black") - masa tu mana ada band metal main lagu Ballad lagi
  • Masa dah famous : Main dgn Orchestra (S&M) - Band metal yg first main dgn Orhestra

Bak kata James Hetfield ; "I rather regret doing it, than regret NOT DOING it.

Cool kan. Adik beradik gua suma suka Metallica, kecuali Etty.

Dalam kereta gua, masih dengar "Death Magnetic".


Isnin, 6 Disember 2010

Selipar


Salam,

Semasa zaman kanak2 & remaja, ibubapaku selalu menegur aku supaya memakai kasut apabila keluar jalan. Tapi aku lebih selesa memakai selipar sahaja.

Selipar bagiku sgt jujur ; munkin aku dlm kategori org yg kurang gemar bergaya.

Apa itu selipar jepun? Adakah ia dipakai pada zaman jepun? ataupun cap jepun? (ie cikai?)

Kena google ni.

Seingat aku hanya menukar selipar selepas 2-3 tahun memakainya. Itupun kerana rosak ; talinya putus ke, bunganya haus. Kerana aku selalu tergelincir ketika berjalan di atas lantai licin yg basah.

Juga sebab lain aku suka memakai selipar ketika jalan2, kerana mudah pergi sembahyang. Senang. Tapi kekadang aku pakai juga kasut, terutama ke majlis formal. Rasa la jugak konfiden & kemas (dan sedikit hipokrit).

Tapi selipar jenama crocs memang lawa. Bergaya juga. Tapi entah kenapa, harga yg 10 kali ganda dari selipar favourite ku selalu membantutkan niat ku untuk membelinya (crocs:RM125, seliparku : RM12.50).

Mungkin aku seorang yg cermat, atau kedekut. Kerana aku tak mengerti bagaimana selipar mahal boleh buat aku lebih bahagia.

Bagi duit kat mak aku, atau belanja famili/awek---->lebih bahagia bagiku.

Rabu, 1 Disember 2010

Blog


Salam.

Ramai orang suka tulis Blog. Apa itu blog? Ia adalah medium untuk mengekpress yg tersirat dlm diri. Kalu yg baik, akan dijadikan teladan dan inpirasi kepada pembacanya. Kalau yg complain, sekurang2nya lega sedikit penulisnya.

Aku bukanlah pembaca/penulis blog tegar. Tiada apapon di sini. Sekadar menulis tanpa tujuan yg jelas. Aku akan cuba menulis dgn memilih tajuk secara random, dan bermula dari situ.

Apa yg aku perasan, penulis blog sambilan adalah mereka yg kesepian, yakni tiada teman pasangan lagi. Apabila punya teman (ie bf/gf), mereka sudah punyai channel/luahan kepda pasangan masing2, dan mereka sudah ‘bahagia’ dan ‘malas’ menulis entry baru.


Contoh, aku suka baca entry adik aku Aff , tapi apabila sudah kahwin dan punyai anak, sudah kurang entry nya. Penulisan seronok dibaca, walaupun kdg2 aku tak paham sgt.


Bagiku, aku juga orang yg sudah ‘bahagia’, ie punyai teman, dan muzik untuk ekspress diri (SajaKiri). Tapi ku gagahkan diri juga untuk menulis kerana berpendapat ‘untuk explore & expand’ mindaku, demi untuk memahami diri sendiri.
(aku ade rase macam kena tulis karangan BM masa sekolah menengah dulu2)

Aku tak pasti anda pembaca dlm kategori bernasibaik atau malang membaca entry yg pointless ini. Seperti sy katakan tadi, ini adalah untuk ‘meneroka’ diri sendiri.

Tujuan yg selfish.

Rabu, 15 September 2010

Pelangi by Sajakiri





Lagu & Lirik : Zainal Zulia
Sajakiri Music 2010



Biar, biarkan ku menangis
Mengenangkan runtuhnya awan


Biar, biarkan ku berduka
Bila tiba hujan ke bumi


Mana, mana hilangnya
Terik matahari yang menyinar


Mana, mana hilangnya burung
Sekumpulan berterbangan


Ku kan lari mengejarnya
Biar patah, biar hilang
Nyawa ku separuh
Tidak akan kumenyerah
Ku mengalah


Warna-warni pelangi
Membawa hari-Nya
Selepas hujan selepas ribut
Kau bawa rahmat-nya


Kurnia-Nya selepas hujan /ribut




Review

Lagu ini dicipta pada tahun 2002, ketika berada di Dublin. Ketika ini aku baru sahaja membeli Tascam Analog 4-Track Recorder, dari seorang maestro gitar melayu di sana, Farid (Along) dengan harga Euro300 (harga kawan2).

Ku masih ingat lagi demonya direkord di bilik kosong di Malaysian House, Camden Street, diengineer oleh Farid, dan ditonton oleh Zul (mamat sound). Ini pada Musim Panas, dimana marghribnya pada pukul 930.

Sungguh seronok kerana hari terasa panjang tapi masih nyaman.

Disebalik kehidupan di Dublin yg agak dull, bosan dan sepi, lagu ini benar2 menghiburkan kami bertiga. Dengan menggunakan Gibson Ephiphone Acoustic yg baru dibeli, terasa 'warna-warni' di sebalik kedinginan ini.

'Pelangi' sukar ku temui di sini. Mungkin aku tidak cukup observant. Selalunya gloomy. Tapi lagu inilah 'Pelangi' kami.

Ini lagu seni. Kebanyakkan lagu2 ku lagu 'seni' (seni di sini bermaksud 'bukan mainstream). Aku tak pasti samada orang akan terhibur atau tidak. Cuma, akan kupastikan sekurang2nya aku seorang yang 'terhibur'. Cukuplah.

Selasa, 17 Ogos 2010

Perintis


Tarikh kelahiran anda pada 6 hb September 1979.:

:: Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

:: Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

:: Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.

:: Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

:: Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Insan yang berkongsi personaliti anda: Chorlotte Bront?Jessica Walter, Vincent Van Gogh, Bette Midler, Helen Keller, Mark Hamil.

Ahad, 15 Ogos 2010

Darah by TuLanG


Music/lyrics/arrangement by : Zainal Zulia
Performed by : TuLanG
Sajakiri 2008




Jauhnya perjalanan
Umpama satu mimpi
Mimpi yang panjang bagai satu 
Realiti kehidupan
Kejutkan ku dari tidurku
Kejutkanlah aku kawan


Bangunlah
Bangkitlah dari mimpi
Yang tidak pasti
Buangkan ia


Pandanglah 
Lihatlah ke hadapan
Masa depanmu
Anugerah-Nya


Selagi ada darah 
Mengalir di dadaku
Selagi adanya sinaran
Matahari di hari-Nya
Takkan kulena di siang hari
Aku ingin hidup sebelum ku mat


iSegala persoalan
Tersiratnya jawapan
Ku pasti kita akan temuinya
Ku pasti kita akan temui segala jawapannya
 Percayalah




Inspirasi
Lagu ini mengisahkan tentang perjuangan ketika tiba di seberang laut, Dublin di Ireland. Perginya ku di situ hanyalah untuk merasai 'dunia di sebelah lain'. Aku benar-benar rasa bermimpi. Tiap-tiap jejakku umpama terapung di atas kaki sendiri. Aku seolah-olah tiada arah tujuan. Umpama berseorangan di lautan luas. Untuk apa beradanya ku di sini?

Setiap detik-detik manis masih jelas di ingatan. Hubungan sesama manusia jugalah adalah kunci kebahagian manusia. Aku rela hanyut dalam kebahagian itu.

Setiap lagu-laguku adalah diari hidupku. Diari ini umpama 'mesin-masa' yg '3 dimensi', membawa aku kembali ke saat-saat itu, melihat dari sudut mataku sendiri. Biarpun coretan ini tiada kaitan dengan lirik lagu ini, tetapi 'vibration' dan 'feel'nya datang dari masa itu.

Aku ingin mengingati sebagai kenangan manis.

Khamis, 12 Ogos 2010

dah muak dgn sekolah, nak masuk universiti, sekolah tak best..hehe =)

1. Siti Syakina Muhsin (Setia Alam)

SPM 2011 (9 A)
Mathematics.............A
Agama Islam.............A
English....................A
Bahasa Melayu..........A
Additional Math.........A
Sejarah...................A
Chemistry................A
Biology....................A
Physics.....................A

Why do i want this result?
- I want to achieve the highest result I can attain
- I want to make my parents proud
- I want to be able to enter any university/college in the future
- I want to ensure that all of my efforts over the years has paid off
- I want to ensure that all my teacher's efforts over the years has paid off
- I want to be the first in my family to attain straight-A
- I want to finish my schooling years in a positive note
- I want to ensure that all of my parent's money and efforts over the years has paid off
- I want to maintain a straight-A streak throughout UPSR, PMR & SPM
- I want to get money from my parents when i got straight As in SPM!
- I want to continue my studies abroad with scholarship


"I want to maintain a straight-A streak throughout UPSR, PMR & SPM"-Kina





2. Mohd Farhan Faidy

SPM 2010 (5A 3B)
Bahasa Melayu.....A
English...............A
Science..............A
Mathematics........A
P. Seni...............A
Sejarah..............B
Perdagangan........B
Agama Islam.........B

Why do i want this result?
- Masuk UITM, nak ambik course Music
- Tolong mama
- Buat parents happy
- Banyak duit dan besar
- Awek pandang
- kawan2 respect
- kereta besar
- cikgu happy
- rumah besar
- berjaya =)



"Masuk UITM, nak ambik course Music" - Farhan


3 . Saidatul Zahidah Bt Azhan (Nusa Subang)

SPM 2010 (10A+)
Mathematics.............A+
Agama Islam.............A+
English....................A+
Bahasa Melayu..........A+
Additional Math.........A+
Sejarah...................A+
Chemistry................A+
Biology....................A+
Physics.....................A+
Tasawwur................A+

Why do i want this result?
I want to become a successful person
Tak nak kecewekan mak dan ayah
untuk mendapat kebanggaan daripada mak & ayah
important for my future
dah muak dgn sekolah, nak masuk universiti, sekolah tak best..hehe =)
untuk mencapai hasrat kedua ibubapa saya
dengan kejayaan ini, dapat menetukan masa depan saya
senang dapat kerja
senang dapat duit
dapat gembirakan semua ahli keluarga saya


"dah muak dgn sekolah, nak masuk universiti, sekolah tak best..hehe =) " - Zahidah


4.Saidatul Afiqah Bt Azhan (Nusa Subang)

SPM 2010 (10A 2B))
Mathematics.............A+
Agama Islam.............A+
English....................A+
Bahasa Melayu..........A+
Tasawwur................A+
Sejarah...................A+
Additional Math...........A
Physics.....................A
Chemistry................B
Biology....................B

Why do i want this result?
Untuk masa hadapan
Supaya masa depan cerah
Untuk membahagiakan ibubapa
Senang masuk universiti
Senang mendapat pekerjaan
Tak nak masuk Form 6
Untuk menjadi orang yang berjaya
Senang dapat duit
Dapat menjadi contoh teladan kpd adik2
Dapat menggembirakan seluarga saya


"Tak nak masuk Form 6 " - Afiqah

John Gan

Pada Januari 2008, aku mula mengajar Add Math kepada John Gan, satu-satunya student cina ku ketika itu.

Markah final exam John ketika itu ; 4%

Kusangkakan John seorang yg lembap/lembam tapi rupanya tidak, malah sebaliknya ; seorang yang pick up cepat tapi extra pemalas.

Parentnya juga adalah orang yg baik dan jujur. Mereka yg suruh aku decide berapa kali kelas seminggu. Selalunya parent yg decide
Aku ngajar 2 kali seminggu.


November - Di kelas terakhirku
Setelah 129 jam dan RM5,160 telah dihabiskan, ibunya Ms Gan bejumpa dgnku dan menyatakan terima kasih atas komitmenku. Dan secara peribadi menyatakan ‘tidak mengharapkan apa keputusan yg cemerlang. Cukup baginya melihatnya anaknya mula berminat belajar stelah tuisyen bersamaku’.

Aku terharu


Mac 2009

John mendapat 4A dalam SPMnya. Add Math adalah satu-satunya subjek yg mendapat A!.

Alhamdulillah!

Mr dan Ms Gan menelefonku untuk mengucapkan terima kasih kepadaku secara peribadi.


4% -----> A1

Ramai org bertanya ‘bagaimana aku lakukan’. Honestly, aku pun tak tau. Aku tak rase aku deserve credit yg besar; aku cuma merasakan intention parentnya yg jujur dan iklhas terhadap anak adalah faktor utama.

They have faith in their own son.

Congrats John. Proud of U, man.

Isnin, 9 Ogos 2010

I wanna get a pretty wife (ps:pretty girls really needs money)

1. Nurul Shahirah (Shah Alam)

SPM 2010 (9A 1B)

Mathematics.............A
Agama Islam.............A
English....................A
Bahasa Melayu..........A-
Additional Math.........A-
Sejarah...................A
Chemistry................A-
Biology....................A
EST........................A-
Physics.....................B

Why I want this result?
- I want to become a doctor
- Make my parents proud
- Satisfied after suffering give all out hard work for SPM
- I wanna go for IMU. The maximum qualification is B+
- I want to be a role model for my mothers & family
- fulfill my mother's wish
- self pleasure (etc :- shopping, treatment...)
- beat my family record. no one get straight A's
- Because i know i can
- I dont wanna regret like i did in my UPSR & PMR

"I want to become a doctor" - Shasya





2.Nur Jasmine Soraya (USJ)

PMR 2012 (5A 3B)

English................A
Mathematics.........A
Science...............A
Bahasa Melayu......A
Agama Islam.........A
Sejarah...............B
Geografi..............B
Kemahiran Hidup.....B

Why I want this result?
- I want my parent to be happy
- I want my teacher to be happy
_ I want my future to be bright
- I want people to see me differently
- I want to be successful
- I want to be rich
- I want to help poor people
- I want to study overseas
- I want to be proud of myself
- I can get anything i want

"I want my parent to be happy"- Jasmine






3 . Nur Hajar Fatehah (USJ)

SPM 2010 (8A 1B)

English................A+
Ekonomi...............A+
Mathematics..........A+
ICT....................A+
P. Seni................A+
Bahasa Melayu.......A
Science................A
Agama Islam..........A
Sejarah................B

Why I want this result?
- I want to make my parent proud
- I want to be successful
- I want to make my parent happy
- I want to prove to people that I can do it
- I want to have a good education
- I want to further my studies overseas
- I want to be rich
- I want to live up my dreams
- I want to have a happy life
- I want my future to be bright

"I want to further my studies overseas" - Hajar





4 . Hashbul Aliff Firdhaus

SPM 2010 (8A 1B)

Sejarah...................A+
Agama Islam.............A
English....................A
Mathematics.............A-
Biology....................A
Physics....................A-
Bahasa Melayu..........A-
Additional Math..........A-
Chemistry................B-

Why I want this result?
- I wanna beat my friend's result
- I want to make sure, that I can get a good job when i grow up
- I wanna get a pretty wife (ps:pretty girls really needs money)
- Even though im not that good in studies, I really want to prove to them (my friends) that im not stupid
- I wanna be a good leader =)
- dapat gaji banyak
- Hidup mewah
- dapat duit mewah dan menderma (kalu jutawan)
- dapat kerja yang menyenangkan
- buat bakal isteri berasa bangga

"I wanna get a pretty wife (ps:pretty girls really needs money)" - Bubu




5. Elia Ezatty bt Ahmad Yazit

PMR 2011 (5A 3B)

English................A
Bahasa Melayu......A
Sejarah...............A
Geografi..............A
Kemahiran Hidup....A
Mathematics.........B
Science...............B
Agama Islam.........B

Why I want this result?
- I want my Parent to be proud of me!
- I want to have my own "Drum Set"!
- I want myself to be Happy!
- Nak masa depan yang cerah!
- I want to make my own BIG fashion company!
- Saya nak orang pandang saya dengan penuh bangga! (HaHa)
- I want to be succesful
- I want people to say "im freakin' Brilliant!"!
- I want this result because I want to get A's!
- I want this result because i'll get hatever things that i wanted!

"I want to have my own "Drum Set"" - Elia!

Isnin, 2 Ogos 2010

Awek saya suruh

1. Muhammad Aminullah (Nusa Subang)


SPM 2011 (7A 1B)


Bahasa Melayu........A
Mathematics...........A
Additional Math......A
English....................A
Science.....................A
Agama Islam............A



Prinsip Akaun.............A
Sejarah....................B





Why do U want 'this' result?
- Sebab saya hendak masuk ke Universiti
- Sebab saya hendak membuat ibubapa saya bangga
- Sebab saya bercita-cita tinggi
- Sebab saya hendak maju
- Sebab saya hendak membuat ibubapa saya sayang saya lebih
- Sebab saya mahu menjadi sorang yang sukses
- Kerana saya hendak buktikan kepada kawan-kawan yang saya pandai
- Kerana saya hendak hadiah
- Sebab saya boleh
- Sebab saya hendak lebih










"Kerana saya hendak buktikan kepada kawan-kawan yang saya pandai
"- Aminullah





2. Siti Raihana Yazid (Nusa Subang)

SPM 2011 (9 A)




Bahasa Melayu........A+



Mathematics...........A+




Agama Islam............A+




English....................A+
Physics.....................A-




Additional Math......A-
Sejarah....................A-
Chemistry................A-
Biology....................A-








Why do U want 'this' result?
- I can forward my studied to university
- I may reach my goal
- Supaya markah yang saya capai ini membolehkan saya bekerja sebagai pensyarah atau doktor peubatan
- Masa depan saya cerah
- Dapat belajar di Universiti luar negara
- Untuk mengharumkan nama baik keluarga
- Menjadi contoh yang baik kepada adik-beradik
- Agar dapat teruskan pembelajaran dalam medic
- Menjadi pensyarah yang berjaya
- Hidup saya lebih terjamin dengan doa dan keputusan ini agar matlamat saya tercapai













"Menjadi pensyarah yang berjaya" -

Raihana

















3. Thiviya Suria Kumar (Nus Subang)





SPM 2011 (9 A)







Bahasa Melayu........A+



Mathematics...........A+




Pendidikan Moral.......A+




English....................A+
Physics.....................A+




Additional Math......A+
Sejarah....................A+
Chemistry................A+
Biology....................A+












Why do U want 'this' result?
- We are always free to choose what we want to do with our life. To make changes in my future, I have to make my new choices today.
- My father always tell me that if I want to achieve something great in life, I should be a student of achievement.
- I think peace of mind is one of the main thing that we always find, so I want to set peace of mind as my highest goal and organize my entire life around it.
- Because I want to be successful one who is very clear about who I am and what I want in my life.
- I can go as far as I could in future with my level of knowledge and skills.
- Because when I think about my goals all the time, Ill remain positive & more confident.
- I know that I must decide exactly what is it I want in m life because no one can do this for me.
- I want to be a role model to my siblings and makes my parent satisfied with my achievements.
- Clear goals allows me to control the direction of changes in my life.
- Happiness, peace and success comes when I do what I love to do & commitment to being the best in my field I want to.
- The purpose of life is to develop loving relationship and to become a totally loving person. When I achieved my goals I got a great opportunity to make others to be happy.


" My father always tell me that if I want to achieve something great in life, I should be a student of achievement." - Titi



4. Muhd Nur Ridhwan (Sri Damansara)

SPM2010

Bahasa Melayu........A+
English..................A+
Mathematics...........A+
Agama Islam............A+
Science.................A
Prinsip Akaun..........A
Sejarah..................A
Additional Math........A
Ekonomi Asas..........A

Why do U want 'this' result?
- To have a job
- To have a successful life
- Make my family happy
- Many people will respect me
- Ini dapat menambahkan peluang saya unutk menjadi KAYA!
- Awek saya suruh
- Baru boleh setaraf dengan abang
- Ada chance belajar kat overseas
- Membuat sikgu saya terkejut/gembira
- Sebab saya sendiri yang nak


"Awek saya suruh" - Ridhwan




5. Nur Syuhada Aziz

SPM 2010 (8A 2B)

Bahasa Melayu........A+
Sejarah.................A+
Mathematics...........A+
Pendidikan Islam.......A+
Additional Math........A
EST......................A
English...................A-
Biology...................A-
Physics..................B-
Chemistry...............B-


Why do U want 'this' result?
- Datuk saya mehukan saya berjaya dan menjadi sepertinya
- Mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
- Mahu mendapatkan peluang pekerjaan yang bagus dan hasil lumayan
- Saya hendak semua tahu bahawa apa saya boleh buat untuk masa depan
- Saya mahu menunjukkan kepada seseorang bahawa saya tidak seperti apa saya katakan dan bukan punca anaknya menjadi seperti sekarang.
- Dengan ilmu & pekerjaan yang bagus, saya tidak mahu bergantung kepada Mr Right dan mahu berdikari atas usaha saya.
- Mahu tunjuk pada arwah nenek saya bahawa saya bukan seorang anak yang cuma menghabiskan duit ibubapanya!!
- Saya nak menglilingi dunia
- Menjadi contoh kepada adik2 dan seluruh ahli keluarga
- Mahu masuk U bersama kawan saya kerana berjanji dengannya (apa punye ayat nih, layan je :B)
- Saya mahu tunjuk kepada Amirul bahawa budak yang tak masuk tuition 'Perfection' pon boleh berjaya!!!
- Saya taknak orang pandang rendah terhadap saya
- Saya nak ibubapa saya menangis dengan kejayaan saya bukan dengan kegagalan saya.
- Apa yang lebih penting dari segala yang di atas ialah ;-
SAYA MAHU MEMBALAS JASA AYAH & BONDA
SAYA MAHU MENGGEMBIRAKAN BONDA & AYAH
SAYA NAK AYAH & BONDA BANGGA DENGAN SAYA
SAYA TAK NAK MALUKAN BONDA & AYAH
SAYA MAHU BAHAGIAKAN BONDA AYAH SAYA
SAYA PENAT TENGOK BONDA AYAH SAYA BEKERJA
SAYA NAK GANTIKAN TEMPAT IBUBAPA SAYA

"SAYA MAHU MENGGEMBIRAKAN BONDA & AYAH"- Syuhada