Salam
Aku paling dekat dengan kematian pada September 2003. Doktor Rahim mengesahkan yang aku menghidap pneumia selama 4 minggu tanpa rawatan (ku sangka demam biasa), dan merebak menjadi lung abscess, atau paru-paru bernanah.
Dr Rahim cakap nyawa aku di hujung tanduk sahaja, sebelum nanah itu pecah, dan membawa kuman ke seluruh badan.
Aku dimasukkan di ICU (Tawakal Jln Pahang) selama 4 hari, dan 10 hari di wad biasa.
Ketika di dalam ICU, disebalik kesengsaraan fizikalku, aku sebenarnya agak tenang. Aku benar-benar pasrah sekiranya Tuhan ingin mengambil nyawaku.
Senyap. Bagai malaikat lalu.
.............................................................................................
Bagiku, mati adalah sesuatu yang pasti. Oleh kerana itu, kita harus memandangnya dari sudut positif. Ia haruslah diraikan. Disebalik kesedihan, kita patut mengenang kehadirannya, jasa dan sumbangannya, dan segala kenangan manis dan pahit bersama, dengan rasa penuh syukur.
Bagiku itu cara terbaik untuk kita untuk kita meneruskan hidup ; Supaya kita akan tersenyum lagi.
.......................................................................................................
Sabda Nabi Muhammad (SAW) ; "Sebijak-bijak manusia adalah mereka yang mengingati mati"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan