Salam
Apa yang aku buat 10 tahun lepas ya?
Dec 2000 : aku sedang menduduki Module E ACCA di KYPM Cheras, Tingkat 5. Alhamdulillah, aku diantara 10% yang lulus. Resultnya 2 bulan kemudian, diumum via email oleh pihak ACCA.
Aku mengetahuinya pada pukul 2 pagi, lantas terus bagitau mak, dan kami hug each other.
Sweet kan.
Pastu, di kolej, ada kawan sekelas ku, Ayu mengajak aku minum kerana dia sudah berjanji pada ku untuk membelanjaku kalau dia pass exam. Aku ok aje (padahal aku tak ingat pun). Kita pun dating ke Mid Valley (kalu tak silap) dengan kereta sport MR2 (1984) merah milik ayahku. (yeay!)
..................................................................................................................
20 tahun lepas
Dec 1990 : Aku baru hendak ke darjah 6, bersunat ketika cuti akhir penggal. Bersunat dengan Dr Zulkiflee Laidin (coincidently, ayah Jaja), di klinik Family (dulu nama klinik tu Nordiah & Zul) di TTDI.
Masa tuh tengah top cerita Crime Story, yang lagu temanya lagu ni:
Abah aku bubuh TV dalam bilikku. Masa tuh aku beli buku ni untuk teman kan aku:
Mak aku suruh aku rendamkan 'anu'ku dalam air garam , supaya cepat sembuh. Alhamdullilah seminggu lepas tuh dah boleh pakai seluar.
............................................................................................................................................
30 tahun lepas
Dec 1980 : Serius tak ingat apa-apa dowh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan