Lagu & Lirik : Zainal Zulia
Sajakiri Music 2010
Biar, biarkan ku menangis
Mengenangkan runtuhnya awanBiar, biarkan ku berduka
Bila tiba hujan ke bumi
Mana, mana hilangnya
Terik matahari yang menyinar
Mana, mana hilangnya burung
Sekumpulan berterbangan
Ku kan lari mengejarnya
Biar patah, biar hilang
Nyawa ku separuh
Tidak akan kumenyerah
Ku mengalah
Warna-warni pelangi
Membawa hari-Nya
Selepas hujan selepas ribut
Kau bawa rahmat-nya
Kurnia-Nya selepas hujan /ribut
Review
Lagu ini dicipta pada tahun 2002, ketika berada di Dublin. Ketika ini aku baru sahaja membeli Tascam Analog 4-Track Recorder, dari seorang maestro gitar melayu di sana, Farid (Along) dengan harga Euro300 (harga kawan2).
Ku masih ingat lagi demonya direkord di bilik kosong di Malaysian House, Camden Street, diengineer oleh Farid, dan ditonton oleh Zul (mamat sound). Ini pada Musim Panas, dimana marghribnya pada pukul 930.
Sungguh seronok kerana hari terasa panjang tapi masih nyaman.
Disebalik kehidupan di Dublin yg agak dull, bosan dan sepi, lagu ini benar2 menghiburkan kami bertiga. Dengan menggunakan Gibson Ephiphone Acoustic yg baru dibeli, terasa 'warna-warni' di sebalik kedinginan ini.
'Pelangi' sukar ku temui di sini. Mungkin aku tidak cukup observant. Selalunya gloomy. Tapi lagu inilah 'Pelangi' kami.
Ini lagu seni. Kebanyakkan lagu2 ku lagu 'seni' (seni di sini bermaksud 'bukan mainstream). Aku tak pasti samada orang akan terhibur atau tidak. Cuma, akan kupastikan sekurang2nya aku seorang yang 'terhibur'. Cukuplah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan