Salam.
Ramai orang suka tulis Blog. Apa itu blog? Ia adalah medium untuk mengekpress yg tersirat dlm diri. Kalu yg baik, akan dijadikan teladan dan inpirasi kepada pembacanya. Kalau yg complain, sekurang2nya lega sedikit penulisnya.
Aku bukanlah pembaca/penulis blog tegar. Tiada apapon di sini. Sekadar menulis tanpa tujuan yg jelas. Aku akan cuba menulis dgn memilih tajuk secara random, dan bermula dari situ.
Apa yg aku perasan, penulis blog sambilan adalah mereka yg kesepian, yakni tiada teman pasangan lagi. Apabila punya teman (ie bf/gf), mereka sudah punyai channel/luahan kepda pasangan masing2, dan mereka sudah ‘bahagia’ dan ‘malas’ menulis entry baru.
Contoh, aku suka baca entry adik aku Aff , tapi apabila sudah kahwin dan punyai anak, sudah kurang entry nya. Penulisan seronok dibaca, walaupun kdg2 aku tak paham sgt.
Bagiku, aku juga orang yg sudah ‘bahagia’, ie punyai teman, dan muzik untuk ekspress diri (SajaKiri). Tapi ku gagahkan diri juga untuk menulis kerana berpendapat ‘untuk explore & expand’ mindaku, demi untuk memahami diri sendiri.
(aku ade rase macam kena tulis karangan BM masa sekolah menengah dulu2)
Aku tak pasti anda pembaca dlm kategori bernasibaik atau malang membaca entry yg pointless ini. Seperti sy katakan tadi, ini adalah untuk ‘meneroka’ diri sendiri.
Tujuan yg selfish.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan